Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Puan Guru Hajah Juariah binti Abu Bakar ulama wanita Kedah didikan Pondok Lanai



Puan Guru Hajah Juariah binti Abu Bakar dilahirkan di Kampung Sidam Kiri, Padang Serai, Kedah pada tahun 1949 dalam sebuah keluarga sederhana yang menekankan pendidikan agama sejak kecil. Sejak usia muda, beliau menunjukkan minat mendalam terhadap ilmu, khususnya ilmu-ilmu asas agama.

Pendidikan awal beliau bermula di Pondok Lanai, sebuah pusat ilmu yang ketika itu berkembang pesat sebagai antara pondok penting di Kedah. Di sana, beliau berguru dengan dua tokoh ulama yang disegani, iaitu Tuan Guru Haji Omar Zuhdi dan Tuan Guru Haji Abdullah Charok Bakap. Beliau termasuk dalam kelompok murid awal pondok tersebut, dan dikenali sebagai pelajar yang tekun, berdisiplin serta sentiasa memanfaatkan masa untuk mengulang dan memperkukuh pelajaran.

Dengan asas ilmu yang kukuh hasil didikan gurunya, Puan Guru Hajah Juariah  mula berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang sekitar tahun 1980-an. Kehadirannya sebagai seorang guru wanita ketika itu amat penting kerana tidak ramai tenaga pengajar perempuan yang berkelulusan pondok dan berkemampuan mengajar secara formal. Beliau menjadi rujukan masyarakat khususnya dalam kalangan kaum ibu yang dahagakan ilmu Fardu Ain secara teratur dan mudah difahami.

Beliau terkenal sebagai seorang guru yang tegas tetapi sangat penyayang terhadap anak muridnya. Gaya penyampaiannya jelas dan lantang; walaupun tanpa mikrofon, suaranya mampu didengari hingga ke belakang halaqah yang dihadiri hampir 50 orang pelajar. Ketegasan beliau bukanlah untuk menakutkan, tetapi membentuk adab dan disiplin dalam menuntut ilmu, sesuatu yang amat ditekankan dalam tradisi pondok.

Setiap hari Jumaat, Maahad Derang menjadi tumpuan kaum ibu dan wanita dari pelbagai kampung. Hampir semua kampung di sekitar maahad mempunyai wakil yang datang menimba ilmu daripadanya. Murid-muridnya datang dari kawasan yang jauh dan dekat, termasuk Alor Setar, Titi Gajah, Jitra, Bukit Pinang, Padang Hassan, Lengkuas, Telok, Lepai, Kampung Bukit, Bukit Hijau, Padang Temesu, Lubuk Batu, Wang Tepus, Kedundung, Panchor, Pokok Sena, Kuala Nerang, Langgar dan banyak lagi. Pengajian beliau menjadi rutin mingguan bagi ramai suri rumah, pekerja, dan anak-anak muda yang ingin memantapkan pegangan agama.

Selain mengajar di maahad, Puan Guru Hajah Juariah  turut dijemput ke pelbagai tempat termasuk pejabat-pejabat kerajaan dan masjid-masjid sekitar negeri Kedah untuk menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajian kitab asas. Kemampuannya menyampaikan ilmu dengan cara yang mudah dan bersahaja menyebabkan beliau disenangi oleh banyak lapisan masyarakat.

Puan Guru Hajah Juariah bukan sahaja dikenali kerana ilmu dan suaranya yang lantang, tetapi juga kerana sifat rendah dirinya. Beliau tidak pernah menonjolkan diri atau mengejar gelaran; bagi beliau, menyampaikan ilmu adalah amanah dan jalan mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Jasa beliau dalam membangunkan pendidikan wanita dalam masyarakat adalah amat besar. Ramai murid beliau kini menjadi pengajar, pendakwah, pengerak kuliah muslimat dan pengurus program-program agama di tempat masing-masing. Sebahagian pula menjadi tulang belakang dalam memastikan pendidikan agama terus hidup dalam keluarga dan masyarakat.


Sumber: Tengku Yusuf, maklumat daripada Puan Nadzirah Abdullah dan maklumat awam

IKLAN


Logo LHDN Malaysia

Ejen Perkhidmatan Stamping

Urusan setem hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kini secara atas talian. Saya Encik Hadi merupakan ejen ESTAMPS berdaftar LHDNM (No. Ejen : 620020) di bawah syarikat AL-IDARAH GLOBAL (NS0310938-M) menawarkan perkhidmatan mati setem (stamping) dokumen seperti Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewa, Surat Akuan, Borang 14A, Perjanjian Perkongsian Perniagaan dan lain-lain dokumen.

✔️ Perkhidmatan profesional
✔️ Proses cepat dan dipercayai
✔️ Bantuan dokumen stamping
✔️ Respon pantas melalui WhatsApp
✔️ Caj perkhidmatan serendah RM30.00

Hubungi saya sekarang di talian 011-12663461 ATAU klik whatsapp di bawah :


WhatsApp WhatsApp Sekarang

SAYA MEMUDAHKAN URUSAN ANDA




KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM32.20
BELI SEKARANG

Ads Bottom