Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

16-Disember

Masukkan carian anda di sini !

"Cita-cita saya cuma mahu solat di Masjidil Aqsa dengan bebas"



Dalam sejarah moden, tak ramai pemimpin dunia yang berani tenung mata Presiden Amerika Syarikat dan kata "Tidak".

Sebab selalunya, siapa yang lawan Amerika, nasibnya tak baik. Tengok apa jadi pada Saddam Hussein, Gaddafi dan Morsi.

Tapi ada seorang Raja Arab yang bukan setakat berkata "Tidak", malah dia berjaya melututkan ekonomi Barat tanpa melepaskan walau sebiji peluru.

Nama Baginda ialah Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud.

Raja Faisal ni unik. Dia bukan macam putera-putera Arab yang kita bayangkan yang hidup mewah, main singa dan beli kapal persiaran.

Dia zuhud. Wajahnya sentiasa serius, jarang senyum dan matanya tajam macam helang padang pasir.

Pada Oktober 1973, dunia sedang terbakar. Perang Yom Kippur meletus. Mesir dan Syria menyerang Israel untuk rampas balik tanah mereka.

Pada mulanya, tentera Arab menang besar. Israel panik. Perdana Menteri Israel, Golda Meir, hampir tekan butang nuklear sebab takut negara haramnya lenyap.

Presiden Nixon (US) buat keputusan yang menaikkan kemarahan Raja Faisal. Nixon hantar bantuan senjata bernilai $2.2 bilion kepada Israel melalui udara (Operation Nickel Grass).

Raja Faisal hantar amaran kepada Amerika: "Jangan campur tangan. Kalau kamu tolong Israel, kami akan potong bekalan minyak."

Amerika gelak. Henry Kissinger (Setiausaha Negara US) masa tu anggap Arab ni cuma gerakan biasa. Itu kesilapan terbesar Kissinger.

Pada 17 Oktober 1973, Raja Faisal mengumpulkan negara-negara OAPEC (bukan OPEC je, tapi geng Arab).

Baginda titahkan satu arahan yang menggegarkan dunia: Embargo minyak.
Arab Saudi dan sekutunya potong bekalan minyak kepada Amerika, Belanda dan negara-negara yang sokong Isbiol.

Kesan dia serta-merta dan menakutkan. Harga minyak dunia naik 400 peratus dalam sekelip mata.

Di Amerika, stesen minyak kehabisan stok. Rakyat Amerika yang biasa hidup senang dengan kereta besar V8, tiba-tiba kena beratur panjang 3 sehingga 4 jam untuk mengisi minyak.

Lampu-lampu hiasan Krismas di White House dipadamkan untuk jimat elektrik. Sekolah ditutup sebab tak ada minyak pemanas (heating oil) masa musim sejuk.

Pasaran saham Wall Street runtuh. Ekonomi Barat mengalami "Stagflasi" (Inflasi tinggi + Ekonomi statik).

Ini kali pertama dalam sejarah, "Senjata Minyak" digunakan dengan berkesan.

Henry Kissinger yang angkuh tadi, terus terbang ke Riyadh untuk jumpa Raja Faisal.

Ada satu dialog masyhur yang dicatatkan dalam sejarah bagi menggambarkan betapa kentalnya jiwa Faisal.

Kissinger sampai dalam keadaan angkuh, sindir Raja Faisal: "Tuanku, kapal terbang saya kehabisan minyak. Harap Tuanku boleh isikan supaya saya boleh balik."

Raja Faisal tak gelak. Dia pandang Kissinger dan jawab:

"Saya orang tua. Cita-cita saya cuma nak solat dua rakaat di Masjid Al-Aqsa yang bebas sebelum saya mati."

"Kami (orang Arab) datang dari padang pasir. Nenek moyang kami hidup minum susu unta dan makan kurma dalam khemah. Kami sedia untuk balik hidup macam tu. Tapi, adakah rakyat kamu di Barat sedia hidup tanpa minyak?"

Terdiam Kissinger. Dia tahu Raja ni tak main-main. Amerika akhirnya terpaksa tekan Isbiol untuk berhenti perang dan berdamai dengan Mesir. Embargo ditarik balik pada Mac 1974, tapi dunia dah berubah selamanya.

Sejak hari itu, Amerika sedar mereka tak boleh buli Arab Saudi sesuka hati.

Raja Faisal tahu nyawanya dalam bahaya. Dia pernah cakap pada menterinya: "Saya berdoa pada Allah supaya nyawa saya dicabut sebagai syahid, bukan mati atas katil."

Tanggal 25 Mac 1975.

Raja Faisal sedang mengadakan majlis (Majlis al-Muwajaha) untuk rakyat jelata. Baginda duduk menerima tetamu.

Tiba-tiba, masuk seorang anak muda. Dia bukan orang luar. Dia adalah anak saudara baginda sendiri, Putera Faisal bin Musaid.

Raja Faisal bangun nak cium anak saudaranya (adat Arab).

Tapi Putera Faisal bin Musaid keluarkan pistol dari jubahnya. Tiga das tembakan. Satu kena di dagu, satu di telinga.

Raja Faisal rebah. Baginda dikejarkan ke hospital, tapi disahkan mangkat tidak lama kemudian.

Satu dunia Islam menangis. Di Pakistan, bandar Lyallpur ditukar nama jadi Faisalabad sebagai penghormatan. Di Malaysia, kita ada banyak Jalan Raja Faisal.

Persoalannya, kenapa anak saudara sendiri bunuh bapa saudara?

Teori popular kata ini kerja CIA. Yelah, Amerika dendam kes minyak tu.

Tapi kalau ikut siasatan rasmi, motifnya adalah dendam peribadi. Putera Faisal bin Musaid ni kaki sosial, pernah belajar di Amerika dan didakwa ambil dadah.

Dia marah sebab abangnya pernah terbunuh dalam satu protes menentang pengenalan televisyen di Arab Saudi.

Walau apa pun punca sebenar, kematian Raja Faisal adalah satu kerugian besar.

Selepas kemangkatan baginda, dasar luar Arab Saudi mula berubah. Tiada lagi raja yang sekeras Faisal.

Malah, sistem "Petrodollar" kemudiannya diperkukuhkan, mengikat Arab Saudi dengan Amerika sampai hari ini.






KONGSIKAN:



Ads Bottom