Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

16-Disember

Masukkan carian anda di sini !

"..Jangan harap nak kahwin kalau tandas tiada.."


Di beberapa kawasan luar bandar India, jutaan keluarga hidup tanpa tandas di rumah. Bagi mereka, buang air di ladang atau hutan dianggap biasa.

Namun bagi wanita, ia bukan sekadar tidak selesa, tetapi melibatkan keselamatan, kesihatan dan maruah.

Ramai wanita terpaksa keluar sebelum subuh atau lewat malam, berjalan jauh ke semak atau ladang, menahan diri sepanjang hari kerana malu atau berdepan risiko diganggu lelaki atau diserang haiwan.

Ada yang jatuh sakit, ada yang trauma, dan ada juga yang menjadi mangsa gangguan. Semua ini berlaku hanya kerana satu perkara iaitu rumah tanpa tandas.

Pada tahun 2012 di Madhya Pradesh, India, seorang gadis bernama Priyanka Bharti telah berkahwin dengan lelaki bernama Ram Sundar Nishad.

Seperti biasa dalam budaya kampung, Priyanka berpindah ke rumah suaminya selepas majlis.

Namun setibanya di situ, dia terkejut apabila mendapati rumah itu langsung tiada tandas.

Apabila Priyanka bertanya, keluarga suaminya berkata:

"Wanita di sini pergi ke ladang seperti orang lain.”

Priyanka tidak setuju. Bagi dia, keluar ke tempat sunyi setiap hari bukan adat tetapi bahaya.

Pada malam pertama lagi, Priyanka membuat keputusan berani. Dia mengemas barang dan pulang ke rumah ibu bapanya.

Kemudian dia menyampaikan syaratnya kepada Ram Sundar:

“Saya akan kembali hanya jika rumah itu ada tandas.”

Tindakan Priyanka dianggap luar biasa ketika itu. Ramai orang kampung mengkritiknya dengan mendakwa dia terlalu memilih. Bagi penduduk di situ, wanita harus ikut sahaja suami.

Namun Priyanka tetap dengan pendiriannya. Kes ini menjadi viral di akhbar India sekitar awal 2010-an dan membuka mata ramai orang.
Media melaporkan keberanian seorang isteri yang mempertahankan maruah dirinya hanya kerana sebuah tandas.

Ram Sundar pada mulanya marah dan malu. Namun selepas melihat liputan media dan sokongan orang ramai, dia mula sedar.

Dengan bantuan keluarga dan penduduk kampung, Ram Sundar akhirnya membina tandas di rumahnya.


Beberapa minggu kemudian, barulah Priyanka kembali sebagai isteri bukan kerana dipujuk, tetapi kerana hak asasnya dipenuhi.

Selepas itu, semakin ramai wanita India berani berkata:

Tiada tandas, tiada perkahwinan.”

Selepas beberapa kes seperti Priyanka,
banyak kampung mula bina tandas. Lelaki mula sediakan kemudahan sebelum berkahwin dan Isu tandas dibincangkan secara terbuka, bukan lagi memalukan.

Segala perubahan besar ini bermula daripada keberanian seorang wanita biasa bernama Priyanka

Kisah Priyanka Bharti mengajar bahawa
Kadang-kala perjuangan bukan tentang wang atau harta, tetapi tentang hak untuk hidup dengan bermaruah.

Satu tandas mungkin kecil bagi sesetengah orang, tetapi bagi wanita, ia boleh menjadi perbezaan antara takut dan selamat.

kisah ini telah mengispirasi sebuah filem berjudul toilet ek prem katha (2017)





KONGSIKAN:



Ads Bottom