Tuan Guru Syeikh Muhammad Salleh Bin Tok Kenali al-Kalantani al-Makki.
Kata murid beliau, Tuan Guru Baba Haji Abdullah Pondok Harimau Jemor :
Masa hayat Syeikh Salleh, beliau selalu mohon kepada Allah untuk mati dalam dua keadaan iaitu pada malam Jumaat dan dalam bulan Ramadhan.
Namun Allah Taala menganugerahkan beliau, meninggal dunia pada malam Jumaat, bulan Ramadhan, di Mekah, waktu sahur, 10 malam terakhir, sedang sujud dalam solat iaitu pada 22 Ramadhan 1404 Hijrah bersamaan 22 Jun 1984.
Sumber : Tengku Yusoff, Jejak Ulama Nusantara
KONGSIKAN: