Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Hasutan dan pembantaian puak pro Komunis terhadap kesultanan Melayu


Hilangnya Ketua Agama Islam negeri-negeri di Tanah Sunda (sekarang dikenali sebagai indonesia)



Jam 12 malam pada tarikh 3 Mac 1946, penyokong komunis beserta dengan kuli-kuli Jawa, penyokong Partai Nasional Indonesia (PNI) dan  Pemuda Sosialis Indonesia (Pesindo) telah bertindak menyerang istana sultan-sultan Melayu dan melakukan pembantaian terhadap sultan dan kerabat-kerabat mereka. Mereka kemudiannya mengumumkan bahawa Kerajaan Melayu sudah berjaya dihapuskan oleh warga Indonesia.

Tetapi apa yang berlaku sebenarnya, yang membantai sultan-sultan Melayu itu bukanlah orang tempatan melainkan penyokong komunis dan juga pendatang luar terutamanya orang Jawa. 

Penyerbuan yang dirancang oleh Parti Komunis Indonesia ( PKI )  itu merupakan tragedi besar  buat  orang Melayu. Antara mangsa pembantaian ialah Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa bergelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, Kesultanan Serdang dan Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, Kerajaan Melayu di Labuhan Batu iaitu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah.

Di Langkat pula, kerabat-kerabat sultan semuanya telah dibunuh termasuklah sasterawan terkenal Tengku Amir Hamzah. Puteri-puteri raja dan kerabatnya pula turut dirogol dengan kejam sebelum dibunuh.

Istana Sultan yang megah berdiri di Tanjong Pura dan di Kota Binjai itu pula telah dirompak dan kemudiannya dibakar. Nasib baiklah istana yang megah ini banyak dipotret, jadi sehingga sekarang kita masih boleh melihat istana ini melalui foto-foto di internet. Penyerbuan di Langkat ini telah diketuai oleh seorang pemimpin PKI yang dikenali sebagai Marwan.

PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom