Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Al-Hakam II : Khalifah Islam di Sepanyol yang terlalu cintakan buku


Al-Hakam II naik takhta dan menjadi Emir ke-9 Empayar Umayyah dan Khalifah ke-2 Cordoba menggantikan ayahnya, Abdurrahman III. Al-Hakam II memerintah selama 16 tahun dari 350H hingga 366H, tempoh yang dianggap sebagai zaman gemilang keilmuan Islam di Sepanyol.

Beliau amat mencintai ilmu dan sastera, membangunkan perpustakaan awam yang terbesar di Eropah pada ketika itu. Dikatakan beliau memiliki lebih 400,000 buku dan katalog buku di perpustakaan diraja sahaja sepanjang 44 jilid dan sekitar 500 orang bekerja di situ.

Beliau juga menggerakkan usaha penterjemahan buku-buku Latin dan Greek ke bahasa Arab secara besar-besaran, membentuk jawatankuasa bersama yang dianggotai orang Islam Muwallad dengan Kristian Mozarab Iberia untuk usaha itu.

Selain cintakan buku dan mahir dalam beberapa bidang ilmu seperti sains dan sastera, Al-Hakam II juga amat memberi penekanan terhadap kepentingan sejarah. Malah beliau sendiri menulis sebuah buku tentang sejarah kerajaan Islam Al-Andalus.

Al-Hakam juga II dikenang sebagai pemimpin terbilang dengan kemahiran diplomasinya. Beliau berjaya menyelesaikan pertikaian antara negeri-negeri kecil Sepanyol bawah kekuasaannya, juga mengikat hubungan baik dengan kerajaan Katolik di utara semenanjung Iberia.
Tugu Al-Hakam II

Bawah pimpinan panglima Ghalib Abd al-Rahman, kerajaan Islam Cordoba berjaya mengesahkan kekuasaan ke atas wilayah Afrika Utara selepas empat tahun berperang dengan kerajaan Syiah Fatimiah di Maghribi.

Al-Hakam II meninggal dunia pada usia 61 tahun, menyerahkan takhta kepada anaknya Hisham II yang berusia 11 tahun.

Sumber: Al Arabiya, Republika ID, Britannica, Encyclopedia






KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • patung Hercules gergasi ditemui

    Apabila patung Hercules gergasi setinggi 4 meter yang berusia 2,000 tahun ditemui pada tahun 1864 dan keadaannya sekarang Baca Selanjutnya

  • Agama Baha'i dan Israel

    Baha'i merupakan di antara 'agama' yang termuda dan mempunyai sekitar 7 juta pengikut di seluruh dunia.Ramai di India, USA, Uganda, Iran dan dianggarkan lebih 100,000 penganut di Malaysia terutamanya di Sarawak.Baha'ism diasaskan oleh Mirza Ali Muhamad atau dikenali sebagai Bahaullah di Iran pada 1860. Rujukan kepada kitab suci, Kitab al-Aqdas.Ia m... Baca Selanjutnya

  • Undang-undang Sungei Ujong berasaskan Hukum Kanun Melaka

    Undang-undang Sungei Ujong diasaskan berdasar Hukum Kanun Melaka yang dikuatkuasa mengikut hukum Islam.Dipercayai ditulis sekitar abad ke-14, Sungei Ujong mempunyai undang-undang sendiri hasil pengaruh pemerintahan Bendahara Kesultanan Melaka yang menjadi Dato' Penghulu Menteri bagi luak tertua ini.Antara intipatinya ialah:1. Peranan segala Penghul... Baca Selanjutnya

  • Jepun, 100 tahun yang lampau

    Suasana negara Jepun dalam kebangkitan Asia Timur Baca Selanjutnya

  • Zaman emas bola sepak Singapura

    Boleh dikatakan pasukan bola sepak terbaik Singapura.  Memenangi Piala Malaysia pada 1977 dan naib juara empat kali (1975, 1976, 1978, 1979).  Pasukan ini juga hampir layak ke Piala Dunia pada 1978, hanya tewas kepada Hong Kong dalam perlawanan kelayakan terakhir 1-0. Baca Selanjutnya

Ads Bottom