Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Lawatan rahsia Stephen Hawking ke Ipoh



Siapa yang tidak kenal dengan nama saintis terkenal iaitu Stephen Hawking? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Stephen Hawking pernah berkunjung ke Malaysia pada tahun 1994.

Fizikawan British itu melawat Malaysia dalam bulan September 1994 dan lawatan beliau ke Malaysia sudah tentu mempunyai nilai sejarah dan cerita yang menarik di sebaliknya.

Pada waktu itu, ia adalah satu berita dan peluang emas buat warga Malaysia kerana dapat bertemu dengan seorang saintis yang paling bijak di dunia dan mempunyai minda luar biasa.

Sewaktu dalam lawatan Stephen Hawking ke Malaysia, beliau menyampaikan kuliah awam yang bertajuk “Life in the Universe” di dewan PWTC Kuala Lumpur. 3,500 orang hadir untuk mendengar perbahasan dari sorang saintis yang disegani dunia ini.

Di sebalik kunjungan Stephen Hawking ke Malaysia, ramai yang tidak tahu bahawa Stephen Hawking secara senyap-senyap dan rahsia telah datang ke bandar Ipoh untuk bertemu dengan seseorang yang dianggap penting dalam hidupnya.

Stephen Hawking ke Ipoh untuk bertemu dengan seorang jururawat yang pernah menjaga beliau sewaktu beliau sakit.

Sebenarnya, sudah lama Stephen Hawking menyimpan hajat untuk berkunjung ke Ipoh. Beliau selalu mendengar cerita tentang Malaysia daripada jururawat yang menjaga beliau. Jururawat beliau adalah seorang rakyat Malaysia kelahiran Ipoh dan berketurunan Cina. 

Stephen Hawking menuju ke Ipoh selepas tamat sesi kuliah awam di Kuala Lumpur. Beliau terus pergi bertemu dengan jururawat yang menjaga beliau sebelum ini yang juga merupakan seorang anak perempuan kepada pemilik bakeri terkenal di kawasan Ipoh.

Gambar wanita di dalam bulatan kuning ialah jururawat yang berasal dari keluarga Ching dan merupakan jururawat yang bertanggungjawab menjaga Stephen Hawking. Beliau adalah individu yang menyebabkan Stephen Hawking datang ke Ipoh secara rahsia.

Sumber: Orang Perak









KONGSIKAN:



Ads Bottom