Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Kisah benar : Kematian Kapten Syers yang penuh tragis




Jika pergi Bukit Tunku, KL ada jalan namanya Jalan Syers. Itulah Kapten Syers dalam filem Mat Kilau.

Kisah kematiannya tragis.

Seladang pembunuh penjajah Inggeris keparat

Pada 12 Julai 1897, Kapten Harry Charles Syers, Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bersama Encik Meikle, seorang peladang sedang memburu di hutan Bentong, Pahang. 

Mereka terserempak dengan seekor  seladang jantan yang besar,  Kapten Syers telah melepaskan  tembakan tepat mengenai kepala  namun, seladang yang cedera telah melarikan diri. Seladang kembali menyerang dengan menanduk Kapten Syers menyebabkan beliau melambung  lebih kurang 30 kaki ke udara.

Dalam situasi yang cemas Encik Meikle melepaskan dua das tembakan namun  masih gagal menewaskan seladang tersebut. Jejak seladang akhirnya dapat dikesan dan berjaya dibunuh oleh oleh Encik Meikle. 

Kapten Syers yang mengalami luka parah  telah dibawa ke dalam perahu dan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum sempat sampai ke Bandar Pekan. Kepala seladang yang telah diawet dihadiahkan kepada Kelab Selangor dan kemudiannya dihadiahkan kepada Mes Pegawai-Pegawai Kanan Jalan Venning, Kuala Lumpur.











Ikuti kami di TELEGRAM klik https://t.me/xplorasicom

KONGSIKAN:

Iklan

Perkhidmatan Ejen Setem (STAMPING)
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

📄 Perjanjian Sewa
👔 Kontrak Kerja
🎓 Pinjaman Pelajaran
📦 Perbekalan & Perkhidmatan
📑 Lain-lain dokumen

Penghantaran dokumen permohonan di dalam format PDF dan serahan sijil e-Setem akan di serahkan melalui WhatsApp sahaja. Ketulenan sijil e-Setem boleh disemak di laman sesawang stamps.hasil.gov.my. Dipercayai, mudah dan pantas.

Ejen Berdaftar LHDN (No: 629732)

HUBUNGI 011-12663461

WHATSAPP SEKARANG



Ads Bottom