Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

MacMichael : Pegawai British yang dibenci oleh orang Melayu dan Yahudi


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS


Ketika Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, pihak British telah kembali ke Tanah Melayu tetapi dengan misi yang berbeza. Sir Harold MacMichael selaku wakil British telah tiba ke Pelabuhan Swettenham (Pelabuhan Klang). Tujuannya adalah untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu supaya menyerahkan kuasa pentadbiran kepada Raja British didalam Perlembagaan Malayan Union. Memandangkan Tanah Melayu masih lagi lemah kesan daripada penaklukan Jepun, inilah peluang terbaik untuk mengambil Tanah Melayu sepenuhnya.

MacMichael sangat terkenal dikalangan Yahudi di Palestin. Ketika British sedang sibuk membawa masuk orang Yahudi ke Palestin, MacMichael tersalah percaturan apabila tidak membenarkan kapal pelarian Yahudi masuk ke Palestin pada tahun 1942. Seramai 800 orang Yahudi telah mati didalam Laut Hitam. Kempen membunuh MacMichael rancak dilakukan dan isterinya hampir mati diserang Yahudi. Desakan tersebut menyebabkan beliau meletak jawatan pada tahun 1944. 

Poster kempen untuk membunuh Mac Michael



Namun pada tahun 1945, MacMichael datang pula ke Tanah Melayu. Peranan beliau diperlukan pihak British kerana pernah menguruskan konflik Arab-Yahudi di Palestin. Di Tanah Melayu pula beliau perlu berinteraksi dengan bangsa Melayu, Cina dan India untuk membentuk gagasan Malayan Union. Erti kata mudah, beliau ada pengalaman menguruskan kepelbagaian kaum yang duduk di kawasan sama.

Sebelum Malayan Union dibentuk, Mac Michael menghantar penyiasat bernama H.C Willan dan Newbolt untuk membuat kajian mengenai kelemahan dan sifat-sifat raja Melayu. Willan juga turut membuat senarai pengganti sultan sekiranya terdapat sultan yang tidak mahu menandatangani perjanjian Malayan Union. Willian nampaknya telah membuat pakatan sulit bersama kerabat yang inginkan tahta kerajaan. 

Biarpun Willan dan Newbolt berjaya menyusun strategi untuk mengambil tandatangan sultan, namun hanya Johor dan Selangor sahaja menandatangani perjanjian tanpa bantahan atas dasar setia kawan. Negeri Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis sangat keras melawan sehingga MacMichael membuat ugutan menukar sultan yang tidak mahu mengiktiraf Malayan Union. Pahang, Kelantan dan Terengganu turut melawan namun masih boleh menerima rundingan. 

Orang-orang Melayu bangkit menentang Malayan Union

Pada 21 Disember 1945, MacMichael telah berjaya mendapatkan tandatangan sultan-sultan Melayu. Kejayaan tersebut sedikit sebanyak menutup kesilapan beliau melemaskan 800 orang Yahudi 3 tahun dahulu.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom