Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Wanita negara bekas Soviet Union masih ramai yang single



Setiap kali ada orang tanya kenapa masih single, tiba-tiba hati rasa sayu dan hiba. Lepas ni jangan risau, jawab je lelaki lebih ramai berbanding perempuan di Malaysia. Buktinya nisbah lelaki kepada wanita di Malaysia adalah 110:100. 

Bermakna dalam setiap 110 lelaki, cuma ada 100 perempuan je. Baki lagi 10 lelaki terpaksa menyendiri kesepian. Nampak macam sikit, kalau tukar ke jumlah sebenar terus jadi 1.5 juta lelaki yang bakal kesepian. 

Apa penyelesaian kepada masalah lelaki kesepian di Malaysia?

Korang boleh pilih perempuan daripada negara-negara bekas Soviet Union seperti Rusia, Latvia, Ukraine, Armenia dan Belarus. Sebab nisbah lelaki kepada perempuan di negara-negara tersebut adalah 86:100. Maksudnya setiap 86 lelaki, ada 100 perempuan. 

Kalau ditolak terus jadi 14 perempuan yang akan kesepian. Persoalannya kenapa lelaki dekat negara-negara tersebut sangat sikit?

Masa perang dunia kedua dulu, hampir semua lelaki di Soviet Union diwajibkan menyertai tentera. Mereka ini semua akan dihantar ke Eropah untuk berperang melawan haji misai kontot. Kebanyakan daripada mereka tak pulang kembali kerana ramai yang terkorban dalam perang.

Walaupun bertahun sudah berlalu, jumlah penduduk lelaki di negara bekas Soviet Union khususnya Rusia masih lagi rendah. Jika meningkat pun masih lagi tak mampu isi kesepian perempuan Rusia.

Katanya, lelaki Rusia miliki jangka hayat lebih pendek berbanding wanita. Semua ini berpunca daripada sikap mereka yang gemar mabuk, tak jaga kesihatan dan gejala bunuh diri. Situasi itu membuatkan jumlah lelaki sentiasa berkurangan di Rusia.

Jadi kepada 1.5 juta lelaki kesepian di luar sana, tunggu apa lagi ayuh ke Rusia. Tapi kalau dengan awek Rusia pun kena “awak terlalu baik untuk saya”, mohon muhasabah diri je lah.

Oleh Azmil Azali
The Patriots


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom