Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kubur jerung di Lautan Hindi

Ada satu kawasan di Lautan Hindi yang menarik perhatian saintis. Banyak jerung akan ke kawasan ni semata-mata untuk mati. Hari ni kawasan tu dah jadi serupa kubur jerung.


Jerung ni sebenarnya haiwan yang sangat unik. Kalau ikut bahasa saintifik, mereka ni adalah jenis elasmobranch. Badan semua ikan elasmobranch ni penuh dengan daging dan tulang rawan. Flesh and cartilage.

Sebab tu jerung tiada fosil. Jadi macam mana saintis tahu jerung mati kat situ? Senang jer. Gigi.





Gigi jerung ni bukan tulang rawan. Bahan mineralnya adalah fosfat, membuatkan gigi jerung sama kuat dengan gigi manusia menurut majalah Science tulisan Sid Perkins. Sebab tu gigi jerung ni boleh tahan walaupun jutaan tahun selepas jerung tersebut mati. Sekadar tukar hitam jer.

Megalodon pupus sekitar 2.6 juta tahun yang lalu. Gigi mereka masih bersepah di lautan luas.

Balik pada cerita. Saintis Australia yang temui ‘kubur jerung’ tu tak menjelajah dasar Lautan Hindi sebenarnya. Mereka tak naik kapal selam (submersible) dan turun ke bawah.

Sebaliknya mereka naik kapal penyelidikan (research vessel) RV Investigator dan campak pukat berladung. Tujuannya? Nak tangkap ikan di dasar laut untuk kajian. Mereka jumpa satu kawasan di selatan Indonesia yang mempunyai kedalaman 5,400 meter.

26 kali mereka campak pukat. Satu mende pun tak dapat. Kali ke-27... pada hari terakhir... mereka dapat gumpalan-gumpalan tanah liat. Hancur hati mereka. Dah burn modal guna kapal penyelidikan tapi dapat tanah liat jer. Walau bagaimanapun, lepas bersihkan habis segala gumpalan tu, mereka jumpa 750 gigi jerung berbeza jenis dan zaman. 

Ada gigi jerung mako. Ada gigi jerung great white. Ada gigi spesis moyang megalodon juga! Nahh. Misteri! Gambar ketiga tu selepas mereka susun ikut jenis.

 Kajian ni baru tamat beberapa minggu lepas. Dan hasil dapatan awal (preliminary finding), saintis-saintis tersebut dapat menokhtahkan sesuatu yang jelas.

Kawasan Asia Tenggara ni pernah ada aktiviti jerung yang sangat dahsyat. Lagi dahsyat untuk dibandingkan dengan zaman sekarang. Dan kawasan lautan ni menjadi tempat akhir jerung-jerung tu. 

Oleh: Ahmad Faezal

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom