Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

8 Januari 1955 : Sabak Bernam kawasan kedua diisytihar kawasan putih di Selangor

Darurat di Tanah Melayu

Pada 8 Januari tahun 1955, Sabak Bernam telah diisytiharkan sebagai Kawasan Putih. Pengiystiharan ini dibuat oleh Sultan Selangor selepas melawat Sabak Bernam bersama Penasihat British, G.S. Rawlins dan Ketua Pegawai Polis, Kolonel Argen dan Ketua Tentera, A.J. Hecket. Dengan ini kerajaan telah sekali lagi berjaya menghapuskan pengganas-pengganas komunis. 

Peperangan menentang pengganas komunis telah bermula sejak tahun 1948 lagi apabila kerajaan mengisytiharkan Darurat pada bulan Jun 1948. Kebebasan penduduk terpaksa dikawal dan disekat supaya pengganas-pengganas komunis dapat dikesan dengan mudah. Inggeris telah mengatur beberapa strategi untuk menentang dan melemahkan pihak komunis di antaranya ialah melaksanakan Rancangan Brigg. Kawasan-kawasan yang telah menjadi aman dan tanpa kegiatan komunis diisytiharkan sebagai Kawasan Putih. 

Kawasan Putih yang pertama ialah negeri Melaka, yang diumumkan pada bulan September 1953. Negeri Selangor merupakan kawasan yang sukar untuk dijadikan sebagai kawasan putih terdapat banyak pusat-pusat komunis seperti di Jinjang, Kuala Lumpur, Kajang dan Sungai Besi yang merupakan “Kawasan Hitam”. Sabak Bernam yang diumumkan sebagai kawasan Putih ini merupakan kawasan kedua dalam negeri Selangor yang dijadikan Kawasan Putih.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom