Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Bingkisan kisah orang Melayu di Sri Lanka


Sebuah keluarga Melayu di Sri Lanka


Di Sri Lanka, ada lebih 50,000 orang Melayu termasuklah orang Jawa yang menetap di negara berkenaan sejak ratusan tahun lampau. 

Hubungan orang Melayu termasuk orang Jawa dengan orang asal Sri Lanka dikatakan sudah bermula sejak abad ke 3 masihi lagi apabila orang Melayu berdagang dan juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan bagi pedagang asing seperti India dan China.

Disebabkan hubungan yang erat ini ada yang mengaitkan nama Sri Lanka diberikan oleh orang Melayu. Namun itu hanyalah teori sahaja.

Gelombang terbesar orang Melayu di Sri Lanka ini berlaku apabila Belanda telah buang negeri pejuang-pejuang di Indonesia hari ini.

Kemudian Rejimen Askar Melayu juga telah dibawa oleh British untuk berkhidmat di sini. Daripada mereka inilah berkembangnya Melayu termasuk Jawa di Sri Lanka.

Selepas khidmat Rejimen Askar Melayu berakhir, maka orang Melayu ini telah bekerja sebagai bomba, pekerja kereta api dan sebagainya. 

Selepas rakyat Sri Lanka yang lain mendapat pendidikan tinggi, orang Melayu semakin terpinggir dalam Kerajaan Sri Lanka dimana orang Sinhala dan Tamil telah mengambil alih kebanyakan tugas mereka. Disebabkan itu jugalah ada beberapa kali orang Melayu tidak mempunyai wakil parlimen di Sri Lanka tidak seperti dahulu orang Melayu pernah memerintah Jaffna di utara Sri Lanka.



KONGSIKAN:




Ads Bottom