Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah


SMK Munshi Abdullah Pendidikan menengah di kawasan Sabak Bernam Barat bermula pada pertengahan tahun 1960an sebelum tertubuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah (sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Munshi Abdullah). 

Tarikh itu menunjukkan bahawa pendidikan menengah di kawasan Sabak Bernam Barat agak lewat berbanding dengan tempat-tempat lain. Ini mungkin disebabkan oleh faktor ekonomi dan sosial yang menghalang penduduk kawasan ini untuk menerima corak atau sistem ala barat ini. Kebanyakan kanak-kanak dan remaja kawasan ini pada masa itu hanya diberi pendidikan-pendidikan agama di rumah, masjid, surau atau di rumah guru-guru agama yang tertentu. Bagi ibu bapa yang mampu mereka akan menghantar anak-anak remaja mereka ke sekolah-sekolah pondok yang kebanyakannya terletak di luar negeri Selangor. Terdapat segelintir masyarakat yang menghantar anak-anak mereka untuk menuntut di sekolah menengah yang dianggap sekular yang terletak di pekan Sabak Bernam. 

Pendidikan menengah kawasan ini bermula dengan terbukanya darjah-darjah menengah yang menumpang di sekolah-sekolah kebangsaan Parit Baru, Sekolah Kebangsaan teluk Rhu, Sekolah Kebangsaan BNO dan Sekolah Kebangsaan Sungai Air Tawar. 

Penubuhan darjah-darjah menengah ini bermula tahun 1965. Jika dibandingkan keempat-empat kelas ini darjah menengah pertama di kawasan ini dicadangkan lokasinya di Parit Baru dengan tapaknya di sekolah Menengah Agama Parit Baru sekarang. Atas sebab-sebab tertentu cadangan awal itu tidak dilaksanakan dan sekolah berkenaan dibina di tapak yang ada sekarang iaitu di kampong Perenggan, Sungai Air Tawar. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1967 dengan 2 blok yang menempatkan pejabat dan blok yang menempatkan bilik ERT sekarang serta sebuah kantin. Bangunan ini mula digunakan pada 8 Januari 1968 dengan menempatkan murid tingkatan 1 hingga tingkatan 3. 

Bangunan awal tersebut dirasmikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu pada 29 Mac 1969. Dengan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri itu maka termaktublah nama sekolah ini sebagai Sekolah Munshi Abdullah(SMA).Pada tahun 1975, 2 blok bangunan baru dibina, yang sekarang menempatkan perpustakaan dan bengkel Seni perusahaan(Kemahiran Hidup). 
Pada tahun 1980 sebuah lagi bangunan yang mempunyai 2 buah makmal untuk memudahkan aliran sains tingkatan empat dan lima. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Dato’ Musa bin Hitam. Meneri Pendidikan Malaysia waktu itu pada 14 Jun 1981. 

Bangunan yang paling akhir dibina ialah blok yang menempatkan bilik guru sekarang, selari dengan blok perpustakaan. Ia dibina pada tahun 1988. 

Bangunan-bangunan lain bagi memenuhi keperluan pendidikan di sekolah turut dibina seperti tempat meletak basikal di hadapan dan belakang blok pentadbiran. Musollah (surau) juga didirikan bagi memudahkan guru- guru , kakitangan dan murid sekolah ini menunaikan solat serta bagi tujuan pengajaran Pendidikan Islam. Bangunan ini dibina pada tahun 1983 hasil derma orang ramai. Sekolah ini juga mempunyai sebuah asrama desa yang menempatkan menempatkan 50 orang pelajar perempuan. 

Pengambilan pertama pelajar untuk menduduki asrama dibuat pada tahun 1991. Paling akhir sekolah ini dihadiahkan sebuah studio Pendidikan Seni oleh Dato’ ramli bin hj Norani (ADUN Kawasan Sungai Besar). Perasmian bangunan ini dilakukan oleh beliau sendiri pada 16 Ogos 1996. Mulai tahun 1997 sekolah ini tidak lagi dikenali sebgai Sekolah Menengah Munshi Abdullah, tetapi Sekolah menengah Kebangsaan munshi Abdullah mengikut pekeliling yang diluluskan oleh kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 1998, 3 bangunan dalam pembinaan iaitu bilik kebal, bangunan kelas 4 tingkat dan bangunan kemahiran hidup.






KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Rahsia orang Cina bina kekayaan

    Rahsia orang Cina bina kekayaan1. Bantu adik-beradik. Dalam keluarga Cina, kalau anak sulung tu jutawan, dia akan share rahsia bisnes dan bangunkan bisnes bersama-sama adik beradiknya. Contoh paling dekat sepupu saya. Dia anak sulung dan berjaya buka kedai jual kereta mewah import. Kemudian, dia ajar adik-adiknya lagi 3 orang dibawah buat... Baca Selanjutnya

  • Sejarah Bagan Nira Sabak Bernam

    Surau Wataniah, Kampung Bagan Nira Sabak BernamMenurut cerita yang diperolehi dari orang-orang tua, Bagan Nira ini nama asalnya bukan Bagan Nira. Sebutan Bagan Nira ini diberikan oleh orang-orang Perak yang datang ke kawasan ini dan melakukan kerja-kerja menyadap nira pokok nipah. Pada asalnya, terdapat sebuah kampung di sebelah Bagan Nira yang ber... Baca Selanjutnya

  • Manaqib Tuan Guru Baba Man, Pondok Kubang Pasir

    Tuan Guru Baba Man, Pondok Kubang Pasir ( 1930an - 2020 )Nama penuh beliau ialah Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman Bin Muhammad dan beliau dilahirkan sekitar tahun 1930an @ awal 1940an.Beliau menerima pendidikan awal di Pondok Cabang Empat dibawah didikan Tuan Guru Baba Haji Ramli Bin Awang Besar dan Tuan Guru Baba Haji Abdullah selama kira-kira 10 ... Baca Selanjutnya

  • Mary Antoinette : Permaisuri Perancis terakhir dihukum mati

    Maria Antonia, anak ke-15 Maharaja Suci Rom Francis I, lahir di Vienna, Austria pada 1755. Di usia 15 tahun, beliau dikahwinkan dengan putera Louis Augustine (kemudian digelar Louis XVI) untuk memeterai perikatan antara kerajaan Habsburg-Perancis.Hidup sebagai permaisuri, beliau meluangkan sebahagian besar masanya bersosial & memenuhi cita rasa... Baca Selanjutnya

  • Koleksi gambar Masjid al Aqsa dibakar pengganas Yahudi

    Masjidil Aqsa di bakar...Tanggal 21 Ogos 1969 menandakan ulang tahun serangan yang dahsyat terhadap kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, apabila seorang extremis dari Australia bernama Denis Michael Rohan telah bertindak membakar masjid itu, memusnahkan sebahagian besar tapak dan artifak bernilai yang tidak boleh ditukar ganti. Baca Selanjutnya

Ads Bottom