Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tower Of London : Saksi hukuman mati para penderhaka dan musuh negara


Selama 1,000 tahun, Menara London tidak pernah kedengaran dengan cerita-cerita yang indah dan menarik melainkan kisah-kisah kengerian penghuni-penghuninya menerima hukuman mati akibat kesalahan jenayah yang dilakukan. Bermula dengan hukuman pertama di menara pada tahun 1601, apabila Robert Devereux, Earl II dari Essex dihukum pancung kerana berperanan dalam plot menentang Ratu Elizabeth I.


Robert Devereux

Beliau merupakan salah seorang dari tujuh keluarga bangsawan yang mempunyai perhubungan diraja menerima hukuman mati diikuti oleh Anne Boleyn, Catherine Howard dan Lady Jane Grey yang menghadapi hukuman pancung. Kisah-kisah mengenai pesalah-pesalah menerima hukuman berterusan pula sewaktu perang Dunia Pertama meletus.

Anne Boleyn

Fernado Bushman seorang pengintip Jerman merupakan salah seorang dari 11 orang yang menerima hukuman mati ditembak oleh skuad penembak di Menara London ketika perang meletus pada tahun 1914-1918 dan buat pertama kalinya kisah-kisah pesalah ini menerima hukuman mati didedahkan. Ketika meletusnya perang, beratus-ratus pengintip Jerman telah datang ke Britain dan sesetengahnya telah membawa pelbagai maklumat yang berguna dan penting kepada Kaiser Jerman tetapi bagi 11 orang pengintip yang ditangkap oleh tentera Britain dan menerima hukuman mati, hanya sedikit saja maklumat yang diketahui dan bagaimana mereka boleh bertindak menjadi pengintip bagi pihak Jerman tidak diketahui.

Fernando Bushman

Fernando Bushman ketika dijatuhkan hukuman mati pada 19 Sepetmber 1915 baru berusia 25 tahun. Bapanya merupakan seorang rakyat Jerman yang membuka  perniagaan menjual peralatan muzik dan ibunya pula dari keturunan Brazil Denmark. Buschman seorang yang gemar mengembara dan menjalankan perniagaan mengimport makanan apabila sada suatu ketika beliau diarahkan ke Britain dan menghantar segala maklumat dari Britain ke Jerman. Tidak banyak maklumat yang dihantar tetapi maklumat yang paling signifikan yang diterima ialah satu nota yang bertulis..

"Lampu sorot di London bermula pada pukul 8.00 dan sekiranya Zeppelin tidak kelihatan  di langit atau apa-apa yang menyerupainya pada pukul 10.30 malam, mereka tidak akan meneruskan pencarian kerana mereka sudah pastinya tidak akan kembali semula"

Namun, surat  tanggapan mengenai London itu yang sepatutnya dihantar oleh Buschman kepada seorang guru sekolah berbangsa Jerman telah berjaya dipintas oleh pihak berkuasa Britain yang menganggap lelaki tersebut sebagai pengintip. Buschman telah ditangkap dan dijatuhi hukaman mati oleh mahkamah tentera.

Tower of London

Pengintip pertama yang mula-mula di jatuhi hukuman mati di Menara ialah Carl Hans Lody, 39, seorang pegawai tentera laut yang begitu disanjungi oleh keluarganya. Walaupun beliau tidak mendapat latihan  dalam bidang pengintipan, tetapi beliau telah diarahkan ke Britain kerana pengalamannya ketika mengembara ke Amerika dan ini membolehkan dia menyamar menjadi pelancong dari Amerika. Tugasnya adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai kapal Britain apabila terdapatnya pengambilan tentera laut yang pertama.

Carl Hans Lody

Beliau tiba dengan sebuah kapal dari Newcastle pada 27 Ogos. 1914 dan kemudiannya mengembara ke Edinburgh. Dari sana beliau telah menghantar telegram ke Adolf Burchard di Stockholm.

Malangnya seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan M15 sedang memerhati gerak geri beliau. M15 merupakan satu kumpulan yang ditugaskan membanteras sebarang pengintipan yang dipimpin oleh Kapten Vernon Kell, pegawai dari Regimen South Staffordshire. Segala gerak geri Lody dan percakapannya termasuk satu maklumat yang menjelaskan secara terperinci mengenai tentera Russia yang akan melalui Edinburgh telah berjaya dibaca oleh M15.


Bertitik tolak dari penangkapannya sehinggalah kepada kematiannya Carl Lody hanya bersikap tenag tanpa menunjukkan sebarang reaksi yang menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pengintip.

Sebelum dihukum, beliau sempat menghantar surat kepada keluarganya yang mengatakan kematian seorang wira sepatutnya di medan perang tetapi bagi dirinya, kematiannya adalah di negara musuh tanpa diketahui oleh sesiapa. Malah dia menganggap kematiannya itu sebagai seorang pegawai bukannya seorang pengintip.



Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom