Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah "manusia ganas" Pedro Alfonso Lopez

Pedro Alfonso Lopez dilahirkan pada 8 oktober 1948 di Santa Isabel Columbia, semasa kanak kanak dia bercita cita untuk menjadi seorang guru. Oleh kerana Pedro dibesarkan oleh ibu tunggal yang bekerja sebagai pelacur, dia sudah terbiasa melihat ibunya bersetubuh dengan pelanggan yang akan datang ke rumah mereka. Akhirnya, dia telah diusir keluar dari rumah apabila ibunya mendapati Pedro cuba meraba adik kandungnya sendiri.

Setelah dihalau keluar, Pedro tidak mempunyai tempat tinggal lalu dia diambil oleh seorang lelaki yang merupakan pedophilia. Lelaki tersebut menjadikan Pedro sebagai budak seks dan disini dia terlibat dalam penggunaan dadah. Ketika berumur 12 tahun, sebuah pasangan yang berasal dari Amerika telah mengambilnya dan menyekolahkannya di sekolah khas untuk anak yatim tetapi dia melarikan diri dari sekolah tersebut setelah tidak tahan menerima gangguan seksual dari cikgunya sendiri. 

Semasa berumur 21 tahun, Pedro ditahan kerana mencuri kereta lalu dipenjarakan. Ketika berada didalam penjara, dia dibuli dan telah dirogol sebanyak 2 kali. Dan akhirnya dia telah membunuh perogol tersebut, kejadian itu membuatkan dia mula merasa satu kepuasan kerana dapat membunuh.

Sebaik sahaja keluar dari penjara, dia mula membunuh kanak kanak dan gadis muda yang berasal dari keluarga miskin. Dia akan membawa mangsanya ke kawasan sunyi, lalu merogol dan akhirnya membunuh mangsa tersebut, kegiatannya ini menjadi semakin tidak terkawal pada pertengahan 1970 an. Dia pernah ditangkap oleh suku asli Ayuchucos kerana didapati cuba merogol kanak kanak berusia 9 tahun, ( suku tersebut mahu menghukumnya dengan menanam Pedro ditanah, hanya kepalanya sahaja akan kelihatan lalu menyiramnya menggunakan sirap yang manis, agar dia mati secara perlahan lahan digigit oleh semut ) tapi hukuman tersebut tidak dilaksanakan kerana dihalang oleh seorang pemuda english dan menyebabkan Pedro diserahkan kepada pihak polis. Tetapi dia tidak dikenakan hukuman yang berat dan akhirnya dilepaskan begitu sahaja tanpa siasatan yang lebih terperinci.

Kemudian Pedro berpindah ke Equador dan terus melakukan kegiatan jenayahnya, kes kehilangan kanak kanak perempuan semakin meningkat namun pihak polis menyangka ia berkaitan dengan kes penculikan dan penyeludupan manusia. Tetapi pada 1980, Pedro telah ditahan kerana didapati cuba menculik Carlina Ramon disebuah pasar. Semasa disoal siasat, dia langsung tidak memberi sebarang kerja sama. Akhirnya seorang pegawai polis yang bernama Pastor Cardova Gudino menyamar sebagai tahanan lalu berkawan dengan Pedro, dia dengan bangganya mengaku kepada Gudino semua perbuatan jenayahnya selama ini.

Berikutan itu, polis telah menemui sebanyak 57 mayat mangsa dari 110 pembunuhan yang dilakukannya di Equador dan dia juga telah mengaku membunuh serta merogal lebih daripada 200 orang di negara lain iaitu Columbia dan Peru.

31 julai 1981, Pedro disabitkan bersalah membunuh 57 orang kanak kanak berdasarkan jumlah mayat yang ditemui, dia dipenjara selama 16 tahun membuatkan orang awam merasa tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut. 31 ogos 1994, Pedro dibebaskan dari penjara Garcia Moreno 2 tahun lebih awal kerana berkelakuan baik lalu akan diektradisi ke Columbia untuk dibicarakan disana, namun dia didapati tidak siuman pada tahun 1995 dan dihantar ke pusat rawatan mental.

Februari 1998 dia telah disahkan sihat namun tidak dibicarakan semula dan hanya didenda membayar $50 kemudian sehingga kini tiada siapa yang mengetahui kemana Pedro menghilang. Pada tahun 2002, polis Columbia berusaha untuk mengesannya kerana terdapat kes pembunuhan yang sama dengan modus operandi Pedro namun usaha mereka itu tidal berhasil.



Antara mangsa kekejaman Pedro Alfonso Lopez


Sumber : www.biography.com

Nota : Teringat kes Nurjazlin, sampai hari ini pembunuhnya masih belum ditangkap-J


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom