Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Misteri rumah Pengurus Estet Inggeris di Kampung Baharu Sabak Bernam

Rumah pengurus estet Inggeris di Kampung Baharu Sabak Bernam

Di Mukim Sabak iaitu di kawasan Kampung Baharu, terdapat sebuah rumah lama Inggeris yang pernah diduduki oleh seorang Pengurus Estet (Estate Manager) berketurunan Inggeris semasa pemerintahan British. Rumah tersebut masih wujud sehingga kini di pinggir Sungai Bernam dan keadaannya agak terbiar Rumah dua (2) tingkat tersebut masih kukuh tetapi bahagian tingkat bawahnya sering ditenggelami air sungai yang pasang

Menurut cerita, rumah ini telah ditinggalkan oleh pemiliknya kerana pernah berlaku tragedi pembunuhan ngeri di rumah tersebut. Peristiwa ini berlaku pada masa pemerintahan British di mana Pengurus Estet yang pertama mendiami rumah ini telah dibunuh oleh Ketua Kerani beliau sendiri. Nama sebenar beliau kurang dapat dipastikan tetapi ada pendapat mengatakan bahawa nama beliau ialah Tuan West atau Weis dan berasal dari England. Dikatakan bahawa Ketua Kerani beliau yang berketurunan India telah melakukan penyelewengan dari segi akaun dan ini telah dapat dikesan oleh Pengurus Estet tersebut.

Setelah mengetahui rahsianya terbongkar, Ketua Kerani tersebut telah datang ke rumah Tuan West (Weis) iaitu kira-kira pukul tiga (3) petang dan berlaku pertengkaran di antara mereka. Beliau kemudiannya telah menikam Tuan West kerana takut rahsianya diketahui oleh orang lain. Walau bagaimanapun, oleh kerana takut ditangkap, maka beliau telah nekad membunuh diri dengan cara menggantung diri. Ada cerita mengatakan bahawa rumah Pengurus Inggeris ini berhantu setelah ditinggalkan kerana ada orang pernah mendengar jeritan seperti orang dalam kesakitan yang dituturkan dalam bahasa Inggeris dari rumah berkenaan terutama pada waktu malam..



Keadaan terkini Rumah Pengurus Estet Inggeris di Kampung Baharu, Sabak Bernam





Sumber : Koleksi Cerita Rakyat, Kisah Lagenda

Nota : Masih belum dijumpai mana-mana rekod bertulis mengenai tragedi pembunuhan Pengurus Estet Inggeris sepertimana diceritakan oleh orang lama di Kampung Baharu. Namun, memang terdapat seorang Pengurus Estet bernama Mr Aage Westenholz yang membuka ladang kelapa di Sabak Bernam.

Menurut sejarah United Plantation, Mr Westenholz dikatakan telah bersara pada 1911 dan jawatan beliau digantikan oleh Komander William Lennart Grut iaitu ipar kepada Mr Westenholz sendiri. Tiada bukti untuk mengesahkan sama ada Mr West yang mati dibunuh dan Mr Westenholz adalah individu yang sama. Kisah pembunuhan pengurus estet di Kampung Baharu Sabak Bernam terus kekal menjadi misteri.

Mr Aage Westenholz

Komander William Lennart Grut 

Peta pembukaan ladang kelapa berskala besar di Kampung Baharu Sabak Bernam sekitar awal 1900an.

Lokasi (anak panah) dikatakan terletaknya rumah pengurus estet yang mati dibunuh


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom