Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Pengisytiharan Sabak Bernam sebagai kawasan putih



Pada 8 Januari 1955, Sabak Bernam telah diisytiharkan sebagai kawasan putih. Perisytiharan ini telah dibuat oleh Sultan Selangor semasa melawat ke Savak Bernam bersama-sama Penasihat British Selangor Encik GS Rawlins, Ketua Pegawai Polis, Ketua Tentera, Pegawai Penerangan Negeri dan Setiausaha Kerja Jawatankuasa Perang Negeri.

Kawasan putih ialah kawasan yang aman dan bebas dari ancaman komunis. Kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada bulan Jun 1948 untuk membanteras kegiatan komunis. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat bantuan ketenteraan dari negara-negara komenwel seperti Australia, New Zealand, Fuji dan Afrika Timur.

Dalam titah ucapannya, Sultan Selangor menyatakan kerajaan telah menimbang- kan kira-kira setahun lamanya untuk menjadikan kawasan ini sebagai kawasan putih. Oleh kerana gerakan komunis terdapat di bahagian utara dan selatannya maka ura-ura tersebut terpaksa dibatalkan. Walau bagaimanapun, baginda telah memuji sikap penduduk-penduduk di situ yang hidup saling tolong menolong dan bekerjasama untuk membenteras ancaman komunis.

Sabak Bernam yang diisytiharkan sebagai kawasan putih pada tahun 1955, merupakan kawasan kedua dalam negeri Selangor yang disytiharkan kawasan yang aman dan tidak lagi diancam oleh komunis. Ini menunjukkan kejayaan pihak kerajaan dengan kerjasama penduduk-penduduk tempatan menghapuskan pengganas-pengganas komunis.



Rujukan : Akhbar Majlis 10 Januari 1955, Akhbar Utusan Zaman 9 Januari 1955.




KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • George McLaurin : Saksi perkauman bangsa kulit putih

    Insan berketurunan kulit hitam Afrika-Amerika ini, bernama George McLaurin yang pertama diterima melanjutkan pengajiannya di Universiti Oklahoma, Amerika Syarikat pada tahun 1948.Pun begitu, ia beliau dipaksa duduk disudut terpisah dari rakan-rakan sekuliahnya yang terdiri daripada warga kulit putih.Namun, namanya tetap tercatat dalam daftar kepuji... Baca Selanjutnya

  • Batu Caves pada tahun 1900an

    Sekilas ke Batu Caves pada tahun 1900-an pada poskad vintaj ini: pintu masuknya sangat cantik, ia masih mempesonakan. Baca Selanjutnya

  • Gambar terakhir Muhammad Ali

    2016, inilah gambar terakhir sang lagenda Muhammad AliTerlahir sebagai Cassius Clay, Ali dianggap sebagai atlet paling penting abad ke-20 oleh banyak profesional dan kritikus.Dikenal sebagai "Yang Terhebat", Ali akan menggunakan tinju sebagai platformnya untuk mengadvokasi isu-isu hak-hak sipil dan kemanusiaan dan sebagai bentuk ekspresi diri.Meski... Baca Selanjutnya

  • Jambatan ada, tapi sungai hilang

    Pada tahun 1996, sebuah syarikat Jepun membina Jambatan Choluteca yang gagah merentasi Sungai Choluteca di Honduras. Jambatan ini direka khas untuk menahan ribut taufan yang ganas. Ia membuktikan kehebatan teknologi kejuruteraan moden. Namun, apa yang berlaku pada tahun 1998 telah mengejutkan dunia dan memberi pengajaran yang amat berharga.Taufan M... Baca Selanjutnya

  • Sebuah rumah agam terbiar di Pekan Beruas, Perak

    Sebuah rumah agam , besar dan megah pernah terbina di pekan Beruas, Perak.  Pemiliknya dikatakan satu keluarga kaya   di abad ke 19. Rumah ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Setelah pemiliknya sudah tiada, rumah agam peninggalan ini telah dijadikan Markas Persatuan Sejarah tempatan sehinggalah tahun 2015 ia mulai k... Baca Selanjutnya

Ads Bottom