Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah Sultan Abdul Hamid || mengancam kuasa Barat kerana menghina Rasulullah

Pada sekitar akhir 1800an, Sultan Abdul Hamid II mendapat satu laporan bahawa satu pementasan komedi berkenaan kisah kehidupan Nabi Muhammad (ï·º) sedang ditayangkan di sebuah teater di kota Paris, Perancis. Sebagai khalifah kepada seluruh umat Islam, Sultan Abdul Hamid II nekad untuk menamatkan teater ini kerana ini adalah satu penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan agama Islam.

Baginda menulis surat amaran kepada kerajaan Perancis supaya mereka menghentikan teater tersebut. Selepas berbincang mengenai perkara tersebut, kerajaan Perancis bukan sahaja menghentikan persembahan teater itu, bahkan mereka juga membuang pelakon-pelakon tersebut ke negara Britain untuk memujuk Sultan.

Selepas beberapa ketika, baginda mendapat tahu bahawa teater sama yang menghina umat Islam akan ditayangkan sekali lagi di kota London. Sultan Abdul Hamid II menjawab isu ini dan menulis surat kepada kerajaan British dengan amaran yang sama, dengan memaklumkan mereka bahawa teater itu telah diharamkan di Perancis baru-baru ini. Kerajaan British menjawab surat baginda dengan angkuh dan menyatakan “Ini bukan Perancis. Kami mempunyai kebebasan di wilayah kami.”

Setelah menerima surat ini, Sultan Abdul Hamid II menulis surat balas yang cukup agresif kepada British dan menyatakan: “Nenek moyang beta mempertaruhkan nyawa mereka tanpa ragu-ragu untuk kepentingan dan kejayaan Islam. Dalam isu ini, beta dengan segera akan memberikan arahan kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan memaklumkan mereka tentang sikap sombong anda yang berterusan dan kedegilan untuk membenarkan teater yang menghina umat Islam ini diteruskan. SEKARANG ANDA PERLU MEMPERTIMBANGKAN APA YANG AKAN BERLAKU NANTI.”

Disebabkan British mempunyai hubungan diplomatik yang luas dengan Sultan Abdul Hamid II, mereka memahami dengan mendalam apa yang disuarakan Sultan. Mereka sedar bahawa kata-kata baginda bukanlah satu ancaman kosong, dan dengan serta-merta mereka menamatkan teater tersebut.

Sumber: Ottoman Imperial Archives

Nota : Apabila Presiden Perancis membela penghinaan terhadap Rasulullah atas nama kebebasan bersuara, umat Islam banfun membantah sedangkan pemimpin dunia Islam membisu! 


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom