Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Pak Itam sudah tiada, pemancing akui tidak pernah diganggunya

Bangkai Pak Itam ditemui penduduk terapung di Sungai Selangor


KUALA SELANGOR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor mengesahkan seekor buaya tembaga mati di Sungai Selangor, berhampiran Kampung Kuantan, di sini, semalam.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Ten Choon Yung, berkata bangkai reptilia itu yang belum dikenal pasti jantinanya dengan berat kira-kira 500 hingga 600 kilogram ditemui terapung oleh penduduk kampung.

"Buaya itu dipercayai telah mati dalam tiga hingga empat hari berdasarkan keadaan fizikalnya.

"Malah, ketika hidupan liar itu ditemui ia sudah kembung dan mulai reput," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Choon Yung berkata, bangkai buaya itu kemudian ditarik naik ke darat oleh penduduk.

Beliau berkata, ketika ini pelupusan bangkai masih dijalankan pihaknya.

Semalam, tular di laman Facebook memaparkan beberapa gambar bangkai buaya yang terapung di Sungai Selangor.

Menerusi status yang dimuat naik sebuah laman Facebook, buaya yang diberi nama 'Pak Itam' itu dipercayai 'menemani' pemancing udang di daerah ini sejak berdekad lalu.

"Akhirnya Pak Itam pergi di bulan mulia (Ramadan). Selamat jalan Pak Itam.

"Ramai pemancing kenal Pak Itam. Baik dan tidak pernah ganggu orang," menurut hantaran berkenaan.

Sumber : Berita Harian






KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Tuan Guru Haji Yaccob, Gong Pauh, Kemaman ( 1914 - 1998 )

    Tuan Guru Haji Yaccob atau nama penuhnya ialah Che Yaccob Bin Jusoh Bin Rashid Bin Nakhoda Udin Bin Malim Permata Bin Lebai Saras', dilahirkan pada tanggal 7 Mei 1914 bersamaan 11 Jamadil Akhir 1332 iaitu pada hari Khamis di Kampung Nyior, Kemaman, Terengganu. Bapanya bernama Jusoh, manakala ibunya bernama Aminah. Beliau ialah anak bongsu daripada ... Baca Selanjutnya

  • Silat Sekebun : Silat warisan As-syahid Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani

    "Silat Sekebun" Silat ni sangat terkenal di Kelantan khususnya , asalnya silat ini tidak diajarkan kepada orang Kebanyakan , Ianya silat turun temurun Raja Palembang. Kemudiannya diwarisi oleh seorang Ulama Tersohor Alam Melayu yang bernama "Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani" (1704-1832) Beliau adalah cucu kepada anak Raja Palembang , dan juga a... Baca Selanjutnya

  • Tragedi banjir di studio Malay Film Productions

    Tragedi banjir di studio Malay Film Productions, Jalan Ampas pada tahun 1966 ini telah mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan beberapa salinan filem terbitan mereka. Baca Selanjutnya

  • Lembaga Pengampunan : Kisah Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Sultan Terengganu

    Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar Terengganu﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡقِصَاصُ فِي ٱلۡقَتۡلَىۖ ٱلۡحُرُّ بِٱلۡحُرِّ وَٱلۡعَبۡدُ بِٱلۡعَبۡدِ وَٱلۡأُنثَىٰ بِٱلۡأُنثَىٰۚ فَمَنۡ عُفِيَ لَهُۥ مِنۡ أَخِيهِ شَيۡءٞ فَٱتِّبَاعُۢ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيۡهِ بِإِحۡسَٰنٖۗ ذَٰلِكَ تَخۡفِيفٞ مِّن رَّبِّكُم... Baca Selanjutnya

  • Jasa besar Maahad Ad-din al-Islamiah kepada umat Islam Singapura

    Anak-anak pelajar bersama para asatizah Maahad Ad-din al IslamiahPada Mac tahun 1910 bertempat di kediaman Habib Ali bin Shaikh Alhabshi di Kampong Woodleigh, bersama-sama dengan beberapa tokoh ulama tempatan yang lain, Habib Ali telah membincangkan mengenai penubuhan sebuah madrasah di kawasan Batu 3 Serangoon Road (kemudiannya dikenali sebagai Ka... Baca Selanjutnya

Ads Bottom