Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sejarah Kampung Baru Cina Sekinchan Site A


Dalam buku Chinese Villages In Malaya: A Community Study, terbitan Ray Nyce telah menyentuh tentang bagaimana nama sesuatu kampung baru Cina diberi. Pafa waktubitu cuma enam kampung sahaja diberi nama dalam sebutan bahasa Cina di Sekinchan antaranya termasuk Sekinchan Site A, Site B dan Site C.

Ray Nyce menekankan bahawa Sekinchan membawa maksud tempat sesuai untuk bercucuk tanam (place good for farming). Buku Places Name In Penisular Malaysia, juga memberi tafsiran sedemikian.

Sekinchan merupakan satu kawasan tanah berpaya yang terbiar pada satu ketika dahulu. Cerita mengenainya harus dimulakan dari Bagan dimana penduduk Cina yang paling awal bertapak di Bagan ialah orang Hainan. Namun mereka yang datang dalam bilangan besar ialah orang Teow Chew.

Setelah pendatang awal orang Teow Chew menetap di Bagan, amalan mereka yang menjadikan laut sebagai tempat mencari rezeki sebagai nelayan telah diteruskan. Oleh yang demikian, Sekinchan mula berkembang menjadi sebuah kampung perikanan kecil menjelang tahun 1920.

Selepas itu, orang keturunan Hokkien mula berhijrah ke situ. Mereka mula menetap dikawasan jauh dari pantai dan memulakan kerja penanaman sayur dan padi. Pada masa yang sama, mereka mendapati tanah di Sekinchan amat subur.

Pada tahun 1951, penjajah British telah menubuhkan Kampung Baru Sekinchan yang dibahagi kepada Sekinchan Site A, Site B,dan Site C. Syarat pengagihan tanah untuk bercucuk tanam telah menarik ramai penduduk Cina berpindah ke situ secara sukarela. Pada masa itu, kebanyakan penduduk ketiga-tiga Kampung Baru Sekinchan A, B,dan C bergantung hidup kepada penanaman sayur dengan segelintir daripadanya yang mengusahakan tanaman padi.

Sehinggalah tahun 1973, penduduk mula mengusahakan tanaman padi dengan adanya galakan skim Buku Hijau dari Kerajaan. Sejak itu, Sekinchan telah berkembang menjadi kampung perikanan dan padi.

Dalam skim itu, Kerajaan telah menyediakan 1600 lot tanah kepada penduduk ketiga-tiga Kampung Baru Sekinchan dimana setiap lot berkeluasan tiga ekar untuk tujuan penanaman padi.

Kampung Baru Sekinchan Site A ialah kampung yang menduduki tangga teratas di antara ketiga-tiganya, namun jumlah penduduknya adalah yang paling kurang. Seluruh kampung hanya mempunyai 4 lorong dengan kepadatan penduduk sebanyak 1500 orang.

Kampung Site A yang ditubuhkan pada tahun 1951 telah menempatkan penduduk Cina dari kawasan Klang, Rawang, Tanjung Karang dan Batang Kali.

Faktor sejarah tersebut menjadikan Sekinchan Site A sebuah kampung yang agak unik dengan diduduki oleh orang keturunan Hakka, Guangdong, Guangxi, Hainan selain orang Hokkien yang merupakan puak paling besar.

Pada awalnya, setiap tiga ekar hanya mampu menghasilkan lima hingga lapan tan padi. Jumlah itu berjaya ditingkatkan kepada 11 hingga 13 tan setelah pelbagai langkah dan kaedah baru diperkenalkan. Revolusi pertanian tersebut telah berjaya memperbaiki kualiti dan kuantiti pengeluaran padi.

Jika membandingkan kadar penghasilan padi mengikut tanaman dalam meter persegi, Taiwan merupakan yang paling tinggi di dunia. Namun begitu, Sekinchan telah mendahului Taiwan sejak 10 tahun yang lalu. Ia merupakan satu keajaiban bagi Sekinchan.

Keupayaan Sekinchan berkembang menjadi kawasan penghasilan padi yang paling tinggi di Malaysia telah menarik ramai pakar dalam dan luar negara untuk membuat kajian di situ.

Pada hari ini, penggunaan tanah di Sekinchan Site A telah dipelbagaikan. Sebahagian tanah tanaman padi telah digantikan dengan tanaman buah-buahan.

Kampung Sekinchan Site A juga menghasilkan buah mangga, jambu air, longan, pisang dan tembikai susu pada hari ini. Selain dari itu, ada juga yang mengusahakan tanaman keladi, sayur- sayuran dan ubi keledek. SJKC Kian Sit di Sekinchan A ditubuhkan pada tahun 1952. Pada asalnya ia merupakan cabang sekolah Yoke Kuan. 

Rujukan : Imbasan Kampung Baru Cina di Selangor

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom