Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tan Sri Dato Haji Zainal Dahalan : Daripada Pegawai Daerah kepada Yang Berhormat


Diahirkan pada 27 Februari, 1948 di Kuala Selangor. Sebelum menceburkan diri dalam politik beliau adalah seorang pegawai kerajaan. Pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah Hulu Selangor pada tahun 1971 hingga 1972. Pegawai Daerah Sabak Bernam 1974 hingga 1978, Penolong Pegawai Kewangan Negeri Selangor 1972 hingga 1974, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan tahun 1974 hingga 1982. Selepas itu beliau meletakkan jawatan untuk menceburkan diri dalam politik tanah air. Beliau dipilih sebagai ADUN Sungai Air Tawar dalam Pilihanraya pada 22 April, 1982. Pada 4 Mei. 1982 beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Beliau sekali lagi dipilih sebagai ADUN Sungai Air Tawar dalam Pilihanraya Umum yang telah diadakan pada 3 Ogos, 1986 dan pada 14 Ogos, 1986 dilantik sekali lagi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hingga 2 November, 1990.

Dalam Pilihanraya Umum pada 21 Oktober, 1990 beliau sekali lagi dipilih sebagai ADUN Kawasan Sungai Air Tawar dan dilantik pula sebagai Tuan Speaker mulai 9 November, 1990 hingga 5 April, 1995. Dalam Pilihanraya Umum pada 25 April, 1995 beliau masih kekal sebagai ADUN Sungai Air Tawar dan pada 2 Mei. 1995 dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan hingga tahun 1999. Pada tahun 1999, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Sabak Bernam dan dilantik menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sehingga tahun 2004.

Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO Selangor (1987-1998), Setiausaha Barisan Nasional Selangor (1987-2001). Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam (1987-1998). Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam (2000 hingga 2004) dan Ahli Jawatan kuasa UMNO Bahagian Sabak Bernam.

Setelah menamatkan khidmat bakti dalam dunia politik beliau dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan.





Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom