Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Meninggal dunia setelah mandi pertama kali


TEHERAN: Seorang lelaki Iran yang mendapat gelaran ‘lelaki terkotor di dunia’ kerana tidak pernah mandi selama lebih setengah abad dilaporkan meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Media tempatan melaporkan, Amou Haji meninggal dunia pada 23 Oktober lalu di Dejgah di wilayah Fars.

Amou yang tubuhnya dipenuhi dengan kekotoran dan tinggal di sebuah pondok arang batu dilaporkan tidak pernah mandi dengan air atau sabun selama lebih 60 tahun.

Penduduk kampung memaklumkan, lelaki warga emas itu mengalami masalah kemurungan ketika waktu mudanya, menyebabkan dia enggan mandi.

Pada 2014, The Tehran Times melaporkan, Amou mamakan bangkai haiwan yang mati tepi jalan dan percaya bahawa kebersihan akan membuatnya jatuh sakit.

Namun, sejak beberapa bulan lalu, penduduk setempat memujuknya supaya mandi buat pertama kali.

Seperti kepercayaannya, mandi buatnya jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia.

Kini, gelaran lelaki terkotor di dunia diberikan kepada seorang rakyat India yang juga dipercayai tidak mandi hampir sepanjang hidupanya.

Kailash ‘Kalau’ Singh dari Varanasi dipercayai tidak mandi selama lebih 30 tahun.

Sumber : Utusan Online






KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Peristiwa 23 Julai 1587, Orang Melayu bangkit mengajar kebiadapan Tentera Salib Portugis

    Pada tanggal 23 Julai tahun 1587, satu armada perang tentera salib Portugis menyerang Johor. Pasukan Portugis yang diketuai oleh Antonia de Noronda telah menyerang serta membedil Kota Batu dan Johor Lama, lantas berlakulah pertempuran tembak menembak antara kedua belah pihak. Peperangan ini adalah ekoran daripada serangan-serangan Portugis dalam ta... Baca Selanjutnya

  • Semua kerabat Sultan dibunuh

    Balairong seri istana Kesultanan AsahanDi Kesultanan Asahan, semua kerabat diraja telah dibunuh termasuklah isteri kepada Tengku Musa dan anaknya. Semua yang mempunyai kaitan dengan Sultan Asahan akan dibantai. Ini termasuklah mereka yang memakai nama Tengku, Wan mahupun Raja. Dalam beberapa hari itu, seramai 140 orang kerabat Diraja Asahan te... Baca Selanjutnya

  • Amukan Tok Gajah di Kuala Tembeling

    Wan Hanafi Wan Su melakonkan watak Tok Gajah dalam filem Mat KilauTok Gajah atau nama sebenar beliau Imam Rasu bin Shahrum, juga dikenali sebagai Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang.Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam s... Baca Selanjutnya

  • Pusara si tali barut Inggeris, Mat Arshad ditemui

    Rata-rata dikalangan kita mengenali sosok batang tubuh si bedebah J.W.W Birch yang jasadnya terkulai dibantai pejuang-pejuang Melayu Perak. Namun, nama Mat Arshad si pengkhianat bangsa yang berkhidmat dengan penjajah Inggeris semakin luput diperkatakan.Jejak bertahun lamanya, membawa kepada para aktivis sejarah dari persatuan Pencinta Sejarah Masya... Baca Selanjutnya

  • Kisah presiden MCA memangku tugas Perdana Menteri Malaysia

    Pada 4 Februari 1988, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Harun Hashim(bukan dramatis) telah mengisytiharkan bahawa UMNO merupakan pertubuhan haram kerana melanggar akta pertubuhan. Keadaan ini telah menyebabkan satu kekosongan kepada jawatan Perdana Menteri kerana UMNO yang merupakan parti teras telah diharamkan. Kisah UM... Baca Selanjutnya

Ads Bottom