Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

al-Allamah Arif Billah Syeikh Shafiyuddin al-Abbasi al-Yamani @ Datuk Seri Raja Faqih


Makam al-Allamah Arif Billah Syeikh Shafiyuddin al-Abbasi al-Yamani @ Datuk Seri Raja Faqih (Hidup Abad Ke-16)

Diriwayatkan bahawa Syeikh Shafiyuddin al- Abbasi merupakan seorang pendakwah yang berlayar dari negara Pasai ke Patani dengan matlamat untuk menyebarkan Islam di Patani yang pada waktu itu diperintah oleh Sultan Muzhaffar Shah (memerintah dari 1530 hingga 1564).

Beliau merupakan keturunan Saiyidina Abbas Bin Abdul Muthalib r.a. Syeikh Shafiyuddin dikisahkan tiba di Patani sekitar 1400an didalam satu riwayat dan tahun 1500an dalam satu riwayat lagi. Selain dari nama tersebut, beliau juga digelar dengan nama Tok Raja Faqih.




Jasa beliau yang paling besar selain menyebarkan Islam di negara Patani ialah dengan tertulisnya Kitab Tarikh Fathani. Cucunya Syeikh Faqih Ali al-Fathani menyalinnya kembali sekitar abad ke 17 dan seterusnya disalin pula oleh Bahjah Addin Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani pada tahun 1813.
Tarikh Fathani adalah penting kerana beberapa maklumat yang amat berharga buat alam Melayu iaitu :

1. Memberi maklumat bahawa Patani telah wujud sejak tahun 200 Masihi.

2. Memberi maklumat bahawa Patani dan Kedah itulah yang bernama Kerajaan Langkasuka.

3. Memberi maklumat bahawa antara tahun 75 Masihi sehingga tahun 800 Masihi, Langkasuka-Patani telah berpengaruh di dunia antarabangsa terutama sekali terhadap China, Arab dan Parsi, apatah lagi terhadap kerajaan-kerajaan Melayu seumpama Sriwijaya, Sailandera, Khemir dan lain-lain.

4. Memberi maklumat bahawa agama tauhid (samawi), iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Musa dan Nabi Isa sejak lama telah dianuti oleh orang Melayu Patani.

5. Memberi maklumat bahawa agama Islam telah tersebar di Patani sejak tahun 750 Masihi, yang merupakan persaingan terhadap agama Hindu, Buddha dan Animisme.

Selain Tarikh Fathani ada lagi sebuah karya yang berasal daripada Syeikh Shafiyuddin, iaitu yang diberi judul Kitab Sia-sia Berguna. Kandungannya membicarakan pelbagai jenis penyakit dan ubat-ubatnya.

Syeikh Safiyuddin al-Abbasi @ Tok Seri Raja Faqih meninggalkan ramai zuriat yang menjadi ulama dan tokoh. Beliau memperoleh dua orang anak, iaitu Raja Ducang Bukit Jala bergelar Raja Fathani Long Cang dan yang seorang lagi bernama Wan Muhammad bergelar Orang Kaya Seri Akar Diraja Mahaputeri Bagi Sultan Digalang Ismail Zhillullah fil 'Alam.

Makamnya terletak di Perkuburan Tok Faqih, Tempat 2, Mukim Tanjung Lu'lu', Daerah Mueang, Patani.

Sumber - Tulisan Syeikh Wan Mohd Shaghir




KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Sepatutnya Yahudi pulang ke Selatan Russia bukannya Palestin

    Dakwaan Yahudi bahawa Palestin adalah milik mereka berdasarkan fakta sejarah adalah palsu dan berlawanan dengan hak-hak Muslim Palestin. Bangsa Palestin dan keturunannya telah mendiami dan memakmurkan bumi ini sejak 1500 tahun dahulu, bahkan sebelum negara Yahudi wujud. Mereka menetap di situ apabila negara Yahudi didirikan dan terus mene... Baca Selanjutnya

  • al-Kan'aniyyah : Bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin

    Bumi Palestin juga merupakan bumi yang suci kepada bangsa Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggapnya sebagai bumi yang dijanjikan. Di situlah tempat berlakunya peristiwa-peristiwa bersejarah mereka dan tempat pengebumian nabi nabi mereka. Kota suci mereka berpusat di bandar al-Quds dan al-Khalil (Hebron). Manakala, bangsa Nasrani menganggapnya sebaga... Baca Selanjutnya

  • Palestin : Markas besar tentera Allah sehingga hari kiamat

    Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat-daya negara Syam. Ia bersempadan dengan laut Mediteranian dan terletak di barat benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan Asia dan Afrika dan berdekatan dengan benua Eropah. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir ... Baca Selanjutnya

  • Gilad Shalit : Kisah seorang tentera Israel yang ditawan pejuang al Qassam

    Ini adalah sebuah kisah tentang tentera Al-Qassam seperti mana yang diceritakan oleh Gilad Shalit, seorang tentera Zionis yang pernah menjadi tawanan kepada tentera Al-Qassam selama lebih 5 tahun. Gilad mula ditawan oleh tentera Al-Qassam pada 25 Jun 2006 dan kemudiannya dibebaskan pada 18 Oktober 2011 dalam sebuah perjanjian pertukaran tawanan pen... Baca Selanjutnya

  • "..Aku ada Allah, tak takut dengan komunis.."

    Syed Hashim bin Syed Ajam bin Syed Alwi merupakan salah seorang pejuang Melayu yang terlibat dalam sejarah penentangan terhadap Malayan Union melalui wadah UMNO bersama rakan-rakannya seperti Dato Lope Salleh dan Tan Sri Mustafa Jabar.Menurut penceritaan yang dikongsikan oleh cucu beliau, Syed Bahar, Syed Hashim pernah menjadi penghulu di Bagan Ter... Baca Selanjutnya

Ads Bottom