Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kota Terlarang : Saksi jatuhnya dua dinasti besar tamadun China



Forbidden City atau Kota Terlarang yang terletak di Beijing telah mula dibina pada tahun 1406 dan siap sepenuhnya pada 1420. Kompleks itu telah bertahan sehingga 602 tahun lamanya meskipun hanya dibina menggunakan kayu.

Sebenarnya, Forbidden City ini bukanlah sebuah kota. Ia hanyalah kawasan yang berukuran besar dilengkapi dinding merah dan atap berwarna kuning.

Kompleks yang berkeluasan sebesar 72 hektar iaitu bersamaan 720,000 meter itu terdiri daripada 980 bangunan yang mana merangkumi 8,886 bilik. Bayangkan, bertapa besarnya kawasan ini. Mustahil untuk melawat kesemua bangunan tersebut.


Apabila diuji keutuhan bangunan tersebut dengan cara ketukan, terbukti jenis kayu yang digunakan amat kukuh walaupun di mamah usia.

Struktur pembinaannya bukan dari pada bahan yang mudah reput atau rapuh, malahan ia menggunakan kayu balak bernilai tinggi yang ditemui di dalam hutan di barat daya China mana kala lantai dewan besar diturap dengan batu bata emas.


Pembinaan yang memerlukan masa panjang iaitu selama 14 tahun itu juga telah menggunakan sehingga lebih sejuta tenaga kerja bagi membinanya.

Semestinya kompleks tersebut perlu menggunakan tenaga kerja yang ramai kerana Kota Terlarang ini adalah merupakan sebuah kompleks istana pada masa dahulu.

la merupakan bekas istana empayar China dan kediaman musim sejuk Maharaja China dari dinasti Ming (sejak Maharaja Yongle) hingga akhir dinasti Qing iaitu di antara tahun 1420 dan 1924.

Kota Terlarang ini berfungsi sebagai rumah maharaja China dan seisi rumah. la juga merupakan pusat upacara dan politik kerajaan China selama lebih 500 tahun lamanya.

Sebanyak 24 orang maharaja zaman Dinasti Ming dan Qing pernah bersemayam disini. 14 dari dinasti Ming dan 10 dari dinasti Qing.

Namun demikian, setelah tidak berpenghuni, Kota Terlarang ini berada di bawah tadbir urus Muzium Istana sejak 1925.

la juga telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1987. Dalam masa sama, istana tersebut juga telah disenaraikan oleh UNESCO se bagai koleksi struktur kayu purba yang dipelihara terbesar di dunia.

Selain itu, ia juga telah disenaraikan sebagai kumpulan pertama peninggalan budaya utama negara pada tahun 1961.




Pada 2018, nilai pasaran Kota Terlarang itu dianggarkan pada AS$70 bilion sekali gus menjadikannya istana paling berharga dan harta tanah paling tinggi di mana-mana sahaja di dunia.

Kota Terlarang, pada awalnya ramai pelancong beranggapan bahawa ia tidak boleh untuk dilawati kerana mempunyai dokumen yang sulit.

Namun begitu, kisah sebenarnya adalah, ketika kompleks tersebut di duduki oleh maharaja, ia telah menjadi tempat larangan untuk dimasuki oleh rakyat.

Hanya pegawai kerajaan dan keluarga diraja sahaja dibenarkan masuk namun terhad di beberapa kawasan.

Hanya maharaja sahaja yang boleh memasuki mana-mana kawasan sesuka hatinya dan tidak memerlukan sebarang akses dari sesiapa.

Namun, Kota Terlarang itu telah dibuka kepada umum sekarang. Rakyat dan pelancong boleh melihat secara fizikal rupa bentuk yang penuh dengan kesenian dan tradisi.

Sebagai bukti, kompleks istana ini telah menjadi contoh seni bina agam China tradisional selain pengaruh budaya dan pembangunan seni bina di Asia Timur serta tempat-tempat lain.

Antara tempat wajib yang perlu di lawat bagi pendapat penulis adalah tiga dewan utama yang besar di Kota Larangan ini, iaitu Dewan Taihe, Dewan Zhonghe dan Dewan Baohe.

Dewan Taihe mempunyai ketinggian kira-kira 40 meter dan juga merupakan bangunan yang paling besar serta tinggi di Kota Terlarang ini.

la mempunyai takhta persemayaman maharaja yang disadur dengan emas dan 13 ribu buah naga pahatan, iaitu lambang maharaja. Dataran di hadapan dewan ini luasnya 30 ribu meter persegi.

Pada tahun 1860 semasa Perang Candu Kedua, Pasukan Anglo-Perancis menguasai Kota Terlarang dan mendudukinya sehingga akhir perang.

Tidak lama kemudian, Kota Terlarang berhenti menjadi pusat politik China pada tahun 1912 dengan peninggalan Puyi, Maharaja China yang terakhir.

Di bawah perjanjian dengan pemerintah Republik China yang baru, Puyi masih menetap di Mahkamah Dalam (bahagian dalam), sementara Mahkamah Luar (bahagian luar) diserahkan untuk penggunaan umum sehingga beliau diusir selepas rampasan kuasa pada tahun 1924.

Setelah penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949, beberapa ke rosakan telah dilakukan pada Kota Terlarang ketika negara tersebut dilanda semangat revolusi.

Bagaimanapun, kemusnahan yang lebih teruk dapat dicegah ketika Perdana Menteri, Zhou Enlai menghantar tentera batalion untuk menjaga kota bersejarah itu.




Kemudian, Kota Terlarang diisytihar kan sebagai tapak warisan dunia pada tahun 1987 oleh UNESCO sebagai 'Istana Kekaisaran Dinasti Ming dan Qing' kerana tempatnya yang penting dalam pem bangunan Seni bina China dan budaya.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom