Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah Ahli Parlimen Sabak Bernam ditangkap pengganas Komunis



Syed Hashim bin Syed Ajam bin Syed Alwi merupakan salah seorang pejuang Melayu yang terlibat dalam sejarah penentangan terhadap Malayan Union melalui wadah UMNO bersama rakan-rakannya seperti Dato Lope Salleh dan Tan Sri Mustafa Jabar.

Menurut penceritaan yang dikongsikan oleh cucu beliau, Syed Bahar, Syed Hashim pernah menjadi penghulu di Bagan Terap (Sungai Panjang) pada tahun 1930an, Penghulu di Jeram, Penghulu di Teluk Panglima Garang ketika era penjajahan Jepun dan Penghulu di Bagan Nakhoda Omar sebelum menjadi ahli Parlimen Sabak Bernam.

Beliau juga diceritakan pernah menjadi mangsa kekejaman pengganas Komunis Bintang Tiga dimana beliau ditangkap dan dikurung semasa menjadi Penghulu di Teluk Panglima Garang. Semasa kejadian, terdapat beberapa orang pengganas Komunis mendatangi rumah beliau hasil fitnah seorang lelaki berbangsa Cina kononnya beliau seorang tali barut Jepun. Syed Hashim telah dibawa lari dari rumah beliau di Teluk Panglima Garang ke sebuah rumah kecil yang dikatakan bilik kurungan oleh pengganas Komunis di Jenjarom.

Beliau diikat dan diseksa oleh pengganas Komunis kerana sikap pengganas Komunis sememangnya kejam, menangkap, menyoal dan menyeksa sesiapa sahaja tanpa usul periksa. Diceritakan pada suatu malam, dengan izin Allah, Syed Hashim berjaya meloloskan diri melalui sebuah lubang kecil yang pada akal waras mustahil mampu memuatkan tubuh batang manusia dan beliau pergi begitu sahaja tanpa disedari oleh mana-mana pengganas komunis yang berkawal ketat pada ketika itu.

Setelah berjaya menyelamatkan diri daripada ambang kematian di tangan pengganas Komunis, beliau terus pulang ke rumahnya di Teluk Panglima Garang. Sebaik sahaja selesai membersihkan diri, beliau menyendiri didalam bilik untuk bermunajat kepada Allah sehingga masuk waktu subuh. Diceritakan keesokkan hari, lelaki Cina yang memfitnah beliau ditemui mati termasuklah puluhan ekor khinzir ternakannya. Itulah pertolongan Allah kepada hambanya yang dizalimi dan menurut penceritaan waris beliau, Syed Hashim juga merupakan salah seorang murid kepada Wali Allah Lubuk Pusing, Sungai Panjang, Tuan Guru Syeikh Ahmad Marzuki ketika beliau menjadi penghulu di Sungai Panjang dan sering dikatakan bersuluk bersama para jemaah di Masjid Lubuk Pusing.

Syed Hashim menjadi ahli Parlimen Sabak Bernam yang pertama setelah memenangi Pilihan Raya Tanah Melayu pada tahun 1959 atas tiket Perikatan (UMNO) sehingga tahun 1964 sebelum diganti oleh Tan Sri Mustafa Jabar. Syed Hashim bin Syed Ajam meninggal dunia pada tahun 1978 dan bagi menghargai jasa dan bakti yang dicurahkan kepada anak bangsa, almarhum Tuanku Sultan Selangor berkenan menganugerahi pingat kebesaran J.P dan P.J.K beliau.








Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom