Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tsutomu Yamaguchi : kisah mangsa terselamat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Insan Yang Terselamat Dalam Kedua-dua Pengeboman Hiroshima dan Nagasaki


Pagi 6 Ogos 1945, Tsutomu Yamaguchi (1916-2010) seorang jurutera tentera laut bersiap untuk pulang ke rumahnya di Nagasaki setelah selesai outstation tiga bulan bersama majikannya, Mitsubishi Heavy Industries di bandar Hiroshima.

Sekitar jam 8:15 pagi, Yamaguchi berjalan ke limbungan kapal Mitsubishi dan tiba-tiba terdengar bunyi degungan, beliau mendongak dan melihat sebuah pesawat pengebom Amerika Syarikat B-29 jatuhkan objek kecil bernama "Little Boy" yang bersambungan dengan payung terjun.

Yamaguchi sempat terjun ke dalam longkang. Kemudian, Yamaguchi merasakan langit terbelah, telinganya berdesing, cahaya letupan menerangi Hiroshima. Yamaguchi melambung tinggi di udara sebelum jatuh ke tanah.

Dalam kesakitan dan kebingungan, Yamaguchi terus berjalan ke arah limbungan Mitsubishi dan mendapatkan rakannya yang terselamat dari letupan bom atom.

Pagi esoknya Yamaguchi meneruskan perjalanan ke stesen kereta api yang dikatakan masih beroperasi.


Yamaguchi kembali kepada isteri dan anaknya. Yamaguchi tiba di Nagasaki pada awal pagi 8 Ogos dan dibawa ke hospital.

Pada 9 Ogos, walaupun masih dalam keadaan sakit, Yamaguchi tiba di pejabat Mitsubishi Nagasaki.

Orang atasan menuduhnya gila, dan bertanya bagaimana bom boleh memusnahkan seluruh bandar? Yamaguchi cuba untuk menjelaskan apa yang terjadi di Hiroshima.

Tiba-tiba pemandangan luar bangunan kelihatan bercahaya terang dan bunyi letupan. Sekali lagi Yamaguchi sempat jatuh ke lantai hanya beberapa saat sebelum gelombang kejutan yang mengakibatkan seluruh tingkap bangunan pecah.

Kali ini, ‘Fat Man’ menimpa Nagasaki. Kecederaan tak terlalu teruk. Selepas melarikan diri dari bangunan Mitsubishi yang separuh musnah. Yamaguchi bergegas pulang ke rumah memeriksa isteri dan anaknya. Beliau mendapati isteri dan anaknya hanya cedera ringan.

Pada hari berikutnya, akibat kesan radiasi rambut Yamaguchi gugur, luka-luka ditangan bernanah dan mula muntah tidak henti-henti.

Beliau masih ditahan di tempat perlindungan bersama keluarganya pada 15 Ogos apabila Maharaja Jepun Hirohito mengumumkan Jepun menyerah kalah melalui siaran radio.



Tak seperti mangsa yang terkena kesan radiasi lain, Yamaguchi perlahan-lahan pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa 165 orang mengalami nasib yang sama seperti Yamaguchi. Namun, Hanya Yamaguchi sahaja yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Jepun sebagai ‘’ “nijyuu hibakusha,” atau “twice-bombed person.”

Rujukan : Azizul Farhan, The Patriot 2.0

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom