Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Eastern State Penitentiary: Penjara paling menyeramkan di dunia, boleh jadi gila masuk sini.



Penjara Eastern State Penitentiary merupakan sebuah penjara usang yang terletak di negeri Philadelphia, Amerika Syarikat.

Penjara ini telah dibina pada sekitar tahun 1800 dan ia terkenal sebaris dengan penjara Guatanamo dari segi kezaliman sistem seksaannya.

Pada waktu itu, penjara ini merupakan salah satu penjara yang paling banyak merekodkan kes kematian banduan dalam penjara.



Sebenarnya, ramai banduan mati bukan sahaja kerana diseksa dengan teruk dan kejam dalam penjara ini tetapi juga kerana kerap terjadinya pergaduhan sesama banduan secara besar-besaran dalam penjara ini.

Antara kumpulan samseng popular yang pernah dipenjarakan di sini adalah kumpulan  Al Capone yang merupakan kumpulan gangster yang sangat ditakuti di Chicago.

Pada waktu itu, pihak berkuasa menjalankan tangkapan secara besar-besaran terhadap ahli kumpulan Al Capone dan disumbatkan ke penjara ini.

Satu kejadian pergaduhan secara besar-besaran telah terjadi dalam penjara Eastern State Penitentiary yang menyebabkan banyak nyawa terkorban.

Kumpulan Al Capone adalah kumpulan kongsi gelap yang sangat ganas serta kuat. Jika berlaku pergaduhan memang mereka tidak mahu mengalah.

Apa yang lebih menyayat hati adalah bukan sahaja banduan yang terkorban. Sebaliknya, nyawa pegawai dalam penjara itu juga turut terkorban ketika mereka berusaha untuk meleraikan pergaduhan secara besar-besaran itu .

Selain Al Capone, nama-nama penjenayah besar seperti Willie Sutton, perompak bersenjata terkenal serta James Bruno ataupun Big Joe turut pernah ditahan di sini antara tahun 1936 hingga tahun 1948.






Satu lagi kejadian tidak diingini berlaku di penjara ini pada tarikh 3 April 1945. Hal ini apabila terdapat 12 orang banduan berjaya lolos dari penjara ini.

Mereka nekad menggali terowong yang sangat dalam dan sangat panjang di bawah penjara ini dan melarikan diri melalui terowong tersebut. Panjang terowong yang digali tersebut adalah dianggarkan sepanjang 30 meter.

Ramai banduan lain cuba untuk melarikan diri melalui terowong yang sama. Malangnya, polis berjaya menghidu kegiatan itu 

Berlaku satu kejadian tembak menembak yang berjaya mengorbankan seramai 6 orang banduan yang sedang cuba untuk melarikan diri.

Sehinggalah tahun 1971, banduan serta pegawai penjara ini ditukarkan semuanya ke Penjara Graterford.

Alasan yang diberikan adalah kerana penjara ini tidak lagi selamat diduduki dan ianya terpaksa ditutup.

Apabila ditanya mengapa tidak selamat, ketua penjara memberi jawapan bahawa banduan senang melarikan diri.

Namun, ada teori yang mengatakan penjara ini ditutup kerana banduan serta para pegawai penjara selalu diganggu kelibat roh banduan yang mati di sini.

Sehingga tahun 1988, datuk bandar iaitu Wilson Goode mengumumkan penjara ini dinaiktaraf dan pada tahun 1994, ia ditukar fungsi menjadi sebuah muzium.

Ramai pelancong dari dalam dan luar negara datang ke sini untuk merasai sendiri pengalaman seram di dalam penjara ini.






Berdasarkan cerita yang tersebar, memang sering kedengaran suara seram meminta tolong serta terlihat kelibat manusia yang tubuhnya dipenuhi darah mundar-mandir dalam penjara ini.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom