Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Joe Arridy : Banduan yang ceria sebelum dihukum mati, begini kisahnya



Beliau yang telah dilahirkan pada 29 April 1915 merupakan seorang warga Amerika Syarikat.

Beliau telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkmah dengan melalui kaedah 'Gas Chamber' iaitu menggunakan semburan gas beracun sehingga mati.

Namun ramai orang percaya bahawa beliau tidak bersalah kerana beliau sejak dilahirkan lagi memang mempunyai masalah mental serta mempunyai tahap rendah IQ hanya 46 (setara dengan tahap pemikiran anak kecil yang berusia 6 tahun).

Di saat beliau dihukum mati

Beliau ditangkap kerana disabitkan bersalah merogol dan membunuh seorang budak perempuan berusia 15 tahun pada tahun 1936.

Satu perbicaraan telah diadakan untuk mengesahkan kewarasan Joe, namun peguam Joe tidak berjuang sama sekali berkenaan tahap kesihatan mental Joe yang tidak dapat membezakan yang mana satu fakta dan salah. Akhirnya mahkamah memutuskan bahawa Joe dihukum mati pada tanggal 6 Januari 1939.

Di akhir hayatnya, beliau hanya berhajat mahu makan ais krim tetapi beliau tidak sedar bahawa itulah makanan terakhirnya. 




Beliau dikenali sebagai seorang yang ceria serta murah dengan senyuman. Budi baik Joe disenangi oleh semua banduan dan warden sehingga beliau menerima hadiah berupa mainan kereta api oleh salah seorang anggota warden.

Pada saat hukuman dilaksanakan, Joe sempat memberi mainan kereta api kesayangannya kepada rakan sel tanpa menyedari bahawa beliau akan dihukum mati.

Apabila disoal akan hukuman itu, beliau kelihatan bingung dan tidak mengerti apa yang berlaku.Joe melangkah ke bilik hukuman dengan wajahnya yang tersenyum.

Pada tahun 2011, Governor Colorado telah menganugerahkan pengampunan selepas mati iaitu 'Posthumous Pardon' kepada Joe dan mempercayai bahawa beliau tidak bersalah dimana beliau telah menjadi mangsa kepada undang undang yang tidak sistematik pada waktu itu.



Pada akhir cerita,warden penjara mengatakan... "The man you kill tonight is six years old. He has no idea why he dies"...

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom