Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Gerakan Parang Panjang Melayu membantai kebiadapan Komunis


Jalur sejarah negara ini pernah menyaksikan beberapa detik cemas berhadapan keganasan Parti Komunis Malaya (PKM). Pembunuhan dan penjarahan dilakukan PKM demi merebut kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah republik komunis.

Keganasan PKM tidak disambut sekadar tangan terikat bahkan para ulama juga terkait sama mengepalai gerakan orang-orang Melayu membantai kebiadaban PKM.

Sebuah catatan ringkas di bawah ini yang diceritakan oleh saudara Mokhtar Petah seorang penulis buku politik berkenaan penglibatan seirang ulama di Tanah Melayu bernama Prof Dr Zulkifli Muhammad dalam perjuangannya menentang ancaman PKM.

Negeri Perak, negeri kelahiran saya, melahirkan ramai ulama pejuang kemerdekaan. Antaranya yang masyhur ialah Dr Burhanuddin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al- Baqir dan Prof Zulkifli Muhammad.

Prof Zulkifli Muhammad, ulama kelahiran Kota Lama Kiri tahun 1927 dan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar bukanlah tokoh yang calang-calang. Beliau dikenali sebagai seorang ulama yang pintar, berkaliber dan progresif. Rupanya tampan, akhlaknya baik dan senyumannya menarik hati.

Prof Zulkifli Muhammad

Namun beliau terkenal sebagai seorang yang sangat tegas dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah airnya. Pada tahun 1960 ketika beliau menjadi Ahli Parlimen, beliau merupakan tokoh yang sangat lantang menempelak kekejaman Israel di Parlimen Persekutuan Tanah Melayu.

Ketika negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, beliau menjawat jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS yang mana Yang Dipertua PAS pada ketika itu ialah Dr Burhanuddin al-Helmy. 

Tanpa menafikan jasa-jasa bapa kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman, pada pendapat peribadi saya, gandingan kedua-dua tokoh ulama ini (Dr Burhanuddin al-Helmy dan Prof Zulkifli) paling unggul untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri selepas kemerdekaan. 

Di kampung beliau, semasa usia mudanya, Prof Zulkifli Muhammad pernah menyertai Gerakan Parang Panjang Melayu. Gerakan ini dipimpin oleh beberapa orang yang digelar sebagai Syeikh Parang Panjang (saya percaya mereka adalah golongan ulama berdasarkan gelaran syeikh yang diberikan).

Gerakan Parang Panjang yang diketuai oleh Syeikh-syeikh Parang Panjang ditubuhkan apabila orang-orang Melayu di sekitar Perak Tengah dan Kuala Kangsar tidak tahan lagi dengan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas komunis. 

Sebagai contoh, beratus-ratus orang termasuk kanak-kanak penduduk Kg Bekor, Kuala Kangsar telah dibunuh secara kejam oleh pengganas komunis. Maka setelah tertubuhnya Gerakan Parang Panjang itu, ramai pengganas komunis berjaya dibunuh dan orang-orang kampung berasa sangat terbela.

Sepanjang penyertaannya dalam Gerakan Parang Panjang, Prof Zulkifli Muhammad pernah dilantik menjadi Badal (pengganti) Syeikh Parang Panjang yang mana beliau turut mengajarkan ilmu persilatan dan bertempur kepada anggota Gerakan Parang Panjang ini.

Saya masih lagi meneruskan kajian tentang sejarah gerakan ulama Tanah Melayu melawan pengganas komunis. Mohon doakan agar berhasil.

Sempena Hari Kemerdekaan ini, jasa-jasa mereka sangat wajar kita ingati. Semoga kisah-kisah seumpama ini tercatat dalam buku teks suatu hari nanti.

Gambar : Prof Hamka & Prof Zulkifli Muhammad

Sumber : Mokhtar Petah

Selamat Hari Merdeka

Hasanuddin Yusof

Maktab Penyelidikan

Tamadun Islam Nusantara

PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom