Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sebahagian kisah-kisah pengkhianatan terhadap bangsa Melayu melawan penjajah

Tentera Acheh menentang Belanda


Dalam sesuatu perjuangan, apa yang sangat memeritkan bagi seorang pejuang ialah apabila perjuangannya dikhianati oleh saudara yang seagama dan sebangsa dengannya sendiri. 

Berikut adalah sebahagian dari contoh pengkhianatan yang pernah berlaku dalam sejarah perjuangan menentang penjajah di Alam Melayu :-

1) Semasa Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511, terdapat beberapa orang pembesar Kesultanan Melaka yang membocorkan rahsia pertahanan Melaka kepada Portugis. Mereka juga menghulurkan bantuan-bantuan lain kepada Portugis.

Mujahideen Melaka menentang kehadiran tentera salib Portugis


2) Ketika Sultan Iskandar Muda merancang untuk melancarkan serangan secara besar-besaran ke atas Portugis di Melaka pada tahun 1629, salah seorang menantu Sultan Iskandar Muda sendiri telah membelot. Beliau secara senyap telah pergi ke Melaka untuk memberitahu Portugis tentang rancangan serangan Aceh itu.

3) Pada tahun 1629 itu juga, ketika angkatan tentera Aceh hampir berjaya merampas Kota Melaka dari Portugis di mana angkatan tentera Aceh berjaya mengepong tentera Portugis yang terperangkap dalam kubu A Famosa itu selama lima bulan sehingga menyebabkan Portugis kebuluran, terdapat sejumlah orang-orang Melayu yang menghulurkan bantuan kepada Portugis dengan menyerang angkatan tentera Aceh. Malah ada yang melaporkan kejadian ini kepada Portugis di Goa dengan harapan agar diutuskan bantuan ke atas Portugis di Melaka.

4) Ketika Sultan Agung memimpin Perang Mataram-Belanda pada tahun 1628, terdapat beberapa orang pembesarnya yang membelot. Antaranya ialah Temenggung Danudirjo dan Panglima Manduretno. Mereka telah membocorkan maklumat-maklumat sulit angkatan tentera Mataram kepada Belanda.

5) Ketika berlangsungnya perang antara Kesultanan Banten dan Belanda pada tahun 1681, Sultan Abu al-Fath Abdul Fattah atau Sultan Ageng Tirtayasa telah dikhianati oleh anaknya sendiri iaitu Pangeran Gusti atau Sultan Haji di mana Sultan Haji telah bekerjasama dengan Belanda untuk menentang ayahnya.

6) Pada tahun 1784, ketika Raja Haji Fisabilillah dari Riau dan Sultan Ibrahim dari Selangor hampir berjaya merampas Kota Melaka dari Belanda di mana angkatan tentera Riau-Selangor berjaya mengepung Kota Melaka, maka beberapa orang raja dari kerajaan-kerajaan di Alam Melayu dan angkatan tentera mereka datang menghulurkan bantuan kepada Belanda.

7) Ketika Diponegoro memimpin perang jihad menentang Belanda dalam Perang Jawa pada tahun 1825-1830, beberapa bangsawan tempatan telah menjadi mata-mata Belanda bagi menewaskan angkatan perang Diponegoro.

Imam Diponegoro memimpin gerakan jihad menentang tentera salib Belanda di tanah Jawa


8) Ketika berlakunya Perang Paderi antara golongan ulama Minang dan Belanda sekitar tahun 1832, salah seorang ulama pemimpin Perang Paderi yang bernama Tuanku Rao telah ditangkap dan dibunuh oleh Belanda akibat dikhianati oleh Nakhoda Langkap.

9) Ketika perang Belanda-Aceh tahun 1873-1904, seorang pembesar Kesultanan Aceh yang berjawatan Syahbandar iaitu Panglima Tibang dan Tengku Muhammad Ariffin, bangsawan Bengkulu yang juga merupakan suami kepada anak saudara Sultan Aceh telah bekerjasama dengan Belanda dalam usaha menakluki Kerajaan Aceh Darussalam.

Wajah-wajah pengkhianat, sebahagian anak tempatan sanggup menjadi askarvupahan Belanda untuk memerangi saudara sebangsa

Mujahideen Acheh menentang pencerobohan Tentera Salib Belanda


Pejuang mati, pengkhianat juga mati. Bezanya adalah pejuang mati dengan mulia dan pengkhianat mati dengan hina. Ikut kita nak ikuti jalan mulia atau jalan yang hina semasa di dunia... 


Kredit : Hasanuddin Yusof

Maktab Penyelidikan Dan Tamadun Alam Melayu ini





KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Tragedi 12 Mei 1955 : Rusuhan pekerja paling ganas di Singapura

    Rusuhan bermula akibat satu konfrontasi antara polis, pekerja bas Syarikat Bas Gabungan Hock Lee, dan pelajar yang menyokong pekerja bas tersebut. Pada Februari 1955, Syarikat Bas Gabungan Hock Lee memecat 229 pekerja bas kerana kaitan mereka dengan Kesatuan Pekerja Bas Singapura. Akibatnya, pekerja bas itu melancarkan mogok. Walaupun wujud us... Baca Selanjutnya

  • Ma Benzhai : Cina Hui Muslim yang paling digeruni tentera Jepun

    Penjajahan empayar Jepun dalam Perang Dunia Kedua (1941-1945) merupakan sesuatu pengalaman yang sememangnya tidak dapat dilupakan oleh mana-mana generasi nenek moyang terdahulu.Antara negara yang dijajah oleh Jepun ialah China, Korea, Taiwan, Laos, Filipina, Indonesia, Myanmar dan juga negara ini iaitu Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Malaya).N... Baca Selanjutnya

  • Malhamah al-Kubra : Peperangan dahsyat yang bakal terjadi di akhir zaman

     Dalam hadis-hadis sahih berkaitan akhir zaman, salah satu peristiwa besar yang sangat ditekankan adalah berlakunya satu peperangan dahsyat antara umat Islam dengan kaum Rom, yang pada zaman moden ini sering dikaitkan oleh para ulama dengan kuasa-kuasa Barat.Pertempuran ini bukanlah konflik biasa tetapi digambarkan oleh Rasulullah SAW sebagai ... Baca Selanjutnya

  • Bahagian 8 : Keringat di Tanah Basah

    Semasa darurat ini beberapa peristiwa telah berlaku. Ada dua peristiwa yang masih saya ingat. Satu, peristiwa komunis membakar kapal pengorek terusan air di sempadan di antara kawasan hutan dan kawasan sawah padi. Kedua, peristiwa salah seorang ahli Home Guard saya Mohd. Nor yang dikenali dengan nama Sidang Misai telah menembak hingga mati seorang ... Baca Selanjutnya

  • Bahagian 7 : Keringat di Tanah Basah

     Semua Sidang yang telah dilantik bersama dengan Penghulu Tanjung Karang dan Penolong Penghulu Wan Hassan mengadakan mesyuarat di Kuala Selangor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah baharu, nama beliau Tuan Safmohbel. Mesyuarat yang pertama ini membincangkan bagaimana hendak menyalurkan bantuan kepada peneroka. Mesyuarat tela... Baca Selanjutnya

Ads Bottom