Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Masjid Agong Melaka memang benar dalam Kota A Famosa



MELAKA 6 Mei. – Masjid Agong di zaman keagungan Kesultanan Melaka memang wujud tetapi tapaknya bukan di pintu gerbang Kota A Famosa, “Porta de Santiago” tetapi di sekitar Bulatan Kancil berhadapan Bangunan Stadhuys, kata Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Mohd Nasruddin Rahman.

Beliau berkata apa yang mengelirukan masyarakat adalah apabila mereka menganggap A Famosa itu adalah pintu gerbang arah selatan iaitu Porta de Santiago yang selalu menjadi tumpuan pelancong sedangkan ia adalah sebahagian daripada keseluruhan kota A Famosa itu sendiri.

“Jadi, betullah apabila dokumentari itu menyatakan Masjid Agong berada di dalam kota A Famosa,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Nasruddin berkata A Famosa bermula dengan kota kecil digelar “Fortaleza de Malaca” yang dibina Portugis sebagai benteng pertahanan untuk menangkis serangan pelbagai pihak termasuk Sultan Mahmud Shah bagi mendapatkan kembali Melaka dari tangan Portugis.

“Untuk mengukuhkan kedudukan mereka, Portugis mula membesarkan kota tersebut lalu digelar A Famosa. Jadi, mengatakan Masjid Agong terletak di bawah kota A Famosa adalah betul.

Cuma apa yang salah adalah persepsi masyarakat mengenai istilah A Famosa yang sebenarnya,” katanya mengulas mengenai sebuah dokumentari yang mendakwa terdapat masjid di bawah A Famosa.

Mengenai Masjid Agong, Nasruddin menjelaskan memang ada dalam catatan sumber Portugis dan sejarah Melayu yang mana ia diruntuhkan dan dibakar oleh penjajah Portugis ketika menakluk Melaka pada 1511.

“Ia wujud di sekitar situ dan kerana itulah kita bina Surau Warisan, sebagai simbolik adanya sebuah masjid di kawasan tersebut. Malahan memang ada binaan di bawah bangunan Stadthuys dan ia wujud sebelum bangunan itu dibina lagi. Cuma kita tak pasti apa. Takkan kita nak roboh Stadthuys pula kan?,” katanya.

Katanya kota A Famosa sebenarnya dibina di atas runtuhan Kota Melaka dengan menggunakan bahan sekitar termasuk runtuhan binaan masjid, istana dan pelbagai lagi.

“Kota (Melaka) ini besar dan ia menempatkan istana utama, istana permaisuri, kubu pertahanan dan penempatan rakyat jelata yang berkeluasan dianggarkan tiga kilometer, jadi pelbagai binaan dalam kota ini yang digunakan Portugis untuk membina kota A Famosa,” katanya.

Sumber :

Nota : Sepertinya keganasan tentera Salib menyerbu kota Baitulmaqdis samalah juga jijiknya perangai tentera salib Portugis meruntuhkan dan meratakan Masjid Agong Melaka
 

PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom