Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Britain adalah dalang utama tertubuhnya negara haram Israel


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS

Pertubuhan Zionis Sedunia telah ditubuhkan di bandar Basle di Switzerland pada Ogos 1897 di bawah pimpinan Theodor Herzl. Beliau cuba menghubungkaitkan pertubuhan ini dengan projek penjajahan barat, tetapi gagal mencapai apa-apa kemajuan sehingga akhir perang dunia pertama.

Gerakan Zionis ini bersifat perkauman yang diwarnai dengan latarbelakang keagamaan dan kebangsaan Yahudi. Kejayaan mereka bergantung kepada keupayaan mereka menghapuskan apa saja hak yang diperolehi oleh orang-orang Palestin di bumi mereka. Walaupun Yahudi mendokong pelbagai aliran seperti sekular. sosialis, keagamaan, kebudayaan atau politik, namun mereka semua bersepakat dalam kumpulan Zionis dan bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat-matlamat tertinggi pertubuhan Zionis.

Britain telah mengambilalih projek Zionis dengan mengeluarkan dikri perjanjian Balfour pada November 1917 untuk menubuhkan negara kebangsaan bangsa Yahudi di Palestin. Ini berlaku setelah mereka berjaya menakluki Palestin sepenuhnya pada September 1918 dan setelah menipu pimpinan Arab yang diketuai oleh Syarif Husin dengan janji-janji kemerdekaan.

Britain telah membahagi-bahagikan negara Syam dan Iraq untuk dirinya dan Perancis melalui perjanjian 'Sykes-Picot' pada Mei 1916, yang merancang untuk menjadikan Palestin sebagai wilayah antarabangsa. 

Apabila Britain menguasai Palestin sepenuhnya melalui perjanjian St. Remon pada April 1920, mereka kemudiannya berjaya memasukkan deklarasi Balfour ke dalam kuasa mandatori yang mereka perolehi dari Liga Bangsa bangsa pada Julai 1922.

Sepanjang tempoh penjajahan ke atas Palestin dari tahun 1918 hingga 1948, pihak Britain telah membuka pintu penghijrahan ke Palestin kepada Yahudi seluas-luasnya. Akibatnya, bilangan Yahudi menjadi lebih berganda dan terus meningkat daripada 55,000 pada tahun 1918 kepada 646,000 pada tahun 1948 iaitu daripada 8% penduduk kepada 31%.

Britain juga menyokong pemilikan tanah Palestin oleh Yahudi dan penguasaan terhadap tanah-tanah tersebut meningkat daripada 1/2 juta donum (2% daripada bumi Palestin)(1 donum=1000 sqm) kepada 1,800,000 donum (6.7% daripada bumi Palestin). Kebanyakan tanah-tanah yang diambil itu diberikan oleh penjajah Britain atau bukan orang Palestin.

Walaupun dalam kepayahan dan kesusahan, rakyat Palestin masih mampu bangkit dan mempertahankan tanahair mereka selama 30 tahun, masih menguasai 69% status penduduk majoriti dan memiliki 93% daripada bumi Palestin.

Namun, pihak Yahudi yang dilindungi oleh penguasa Britain telah mampu membina institusi institusi ekonomi, politik, pendidikan, ketenteraan dan kemasyarakatan. Pada tahun 1948 mereka telah membina 292 perkampungan. Mereka juga berjaya merekrut 70,000 pejuang dari kumpulan Hagana, Irgun dan Stern dan telah bersedia untuk mengisytiharkan negara mereka.


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom