Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Britain mungkir janji untuk menubuhkan negara Palestin merdeka


Sesungguhnya orang Islam tidak menentang bangsa Yahudi atas dasar agama atau bangsa semata-mata. Melalui sorotan sejarah, jelas terbukti hubungan baik yang terjalin di antara orang Islam dengan Ahli Kitab dan Ahli Zimmah (orang yang dilindungi). 

Hubungan di antara mereka jelas terjalin atas prinsip-prinsip keadilan dan mereka menikmati kebebasan sepenuhnya dalam beragama dan sebagai rakyat di bawah pemerintahan Islam. Sebenarnya, apa yang dikatakan sebagai "masalah Yahudi" dan "gerakan anti-Semit" itu bermula dan bersemarak di di benua Eropah. 

Umat Islam yang tiada kaitan sedikit pun dengan masalah prejudis ini, sebaliknya telah memberi perlindungan kepada mereka dalam menghadapi ujian tersebut. Hari ini orang Islam bertekad memerangi pengganas Yahudi kerana mereka telah merampas bumi Palestin dan mengusir penduduk pribuminya dan mencemarkan tempat-tempat suci mereka. 

Justeru itu, amatlah wajar bagi ummah Islam untuk bangkit memerangi bangsa pengganas tersebut dan mempertahankan hak dan kesucian agama mereka.

Rakyat Palestin membantah dan menolak penjajahan Britain dan rancangan Zionis. Mereka berusaha menuntut kemerdekaan walaupun konspirasi yang dirancang ke atas Palestin di luar tanggungan dan kemampuan mereka. 

Pelbagai gerakan kebangsaan dan islah telah bangkit, seperti yang diketuai oleh Hj. Amin al-Husaini yang telah mengadakan gerakan rakyat, aktiviti politik dan revolusi besar-besaran. Contohnya, revolusi al Quds yang berlaku pada 1920, revolusi Yafa pada 1921, revolusi al-Buraq 1929 dan Oktober 1933. Manakala gerakan jihad yang meletus ialah seperti kumpulan Jihadiyyah diketuai oleh al-Qassam, kumpulan Tangan Hijau' dan gerakan 'Jihad Suci'. 

Setelah "Revolusi Agung" meledak pada 1936 hingga 1939, Britain terpaksa memperakui dalam kertas putihnya pada Mei 1939 untuk mendirikan negara Palestin, menghentikan penjualan tanah kepada Yahudi dalam masa 10 tahun dan menghentikan migrasi Yahudi selepas 5 tahun. Namun, pada akhir tahun 1945, Britain telah mungkir janji dan menyokong semula projek in Zionis, tetapi di bawah perlindungan Amerika.





KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Mengenang 28 tahun pemergian Tuan Guru Haji Omar Zuhdi

    Hari ini dalam sejarah duka.Genap 28 tahun, Allahyarham Tuan Guru Haji Omar Zuhdi pergi meninggalkan kita. Seorang ulama' dan tok guru pondok yang sangat dikasihi masyarakat. Beliau berjaya mendidik ramai anak murid yang kini bertebaran membuka pondok dan menyampaikan agama.22 Disember 1994 - 22 Disember 2022Hadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham ... Baca Selanjutnya

  • Ketagihan coca cola di Mexico

    Rakyat Mexico ni boleh kata pencandu minuman Coca-Cola terbesar di dunia.Cuba korang tengok. Dalam sehari, mereka minum sekitar dua liter minuman Coca-Cola (ataupun minuman berkarbonat lain).Atas sebab tu, susah kita nak jumpa air mineral di Mexico. Punyalah susah sampai rakyat sana memang tak suka langsung pada air mineral.Mana nak suka? Sejak kec... Baca Selanjutnya

  • Tempat penyimpanan emas terbesar di dunia

    Sebuah tempat yang dikenali sebagai New York Federal Reserve merupakan tempat penyimpanan emas terbesar di dunia. Tempat ni digunakan untuk simpan emas dari pelbagai negara, bilik kebal tersebut berada kira kira 24 meter di bawah tanah. Bilik kebal ini menyimpan kira kira 497,000 jokong emas, pelbagai negara telah memindahkan emas mereka ke si... Baca Selanjutnya

  • Empat titik emas dalam masyarakat Cina

    四点金 (Si Dian Jin) atau lebih dikenali sebagai "four points of gold" merupakan budaya yang diamalkan sejak nenek moyang lagi dan mempunyai maksud tersirat dalam perkahwinan masyarakat Cina. Bagi pengantin perempuan, mereka percaya "Si Dian Jin" membawa simbolik bahawa pengantin lelaki akan memberi perlindungan dan menyediakan segala kelengkapan... Baca Selanjutnya

  • Kisah Carl Panzram si pembunuh bersiri paling lagend di Amerika Syarikat

    Lelaki Kejam Ini Bunuh Orang Lalu Beri Makan Pada Buaya. Seram Betul!Oleh: ISKANDAR ZULFAQARNama Carl Panzram memang sangat terkenal di Amerika satu ketika dulu dan diberi gelaran "American most repulsive seriel killer".Kalau anda tengok gambar Carl di bawah, anda mungkin nampak wajahnya macam orang biasa sahaja dan tak menakutkan.Namun, hakikatnya... Baca Selanjutnya

Ads Bottom