Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Abu Anas Al-Ghandour telah menunaikan janjinya terhadap Allah


Briged Al-Qassam telah mengumumkan kesyahidan komander lagenda di kawasan utara, Abu Anas Al-Ghandour selepas 39 tahun beliau berjuang di medan jihad dan pertempuran. Misi pertama yang dilakukan oleh Abu Anas adalah bertempur dengan tentera Israel pada tahun 1984. Beliau merupakan salah seorang dalam kumpulan pertama Briged Al Qassam yang dibentuk dan menjadikannya pejuang paling lama di dalam Briged. Dalam Briged Tentera, beliau juga digambarkan sebagai "lelaki tujuh nyawa" kerana rancangan penjajah Israel ingin membunuhnya sering kali menemui kegagalan.

Abu Anas mengetuai Briged Utara dan seringkali terlibat dalam pertempuran sengit dalam berhadapan dengan musuh, termasuk Perang Ahlu Jannah, Perang Ahlu Ghadab, Perang Furqan dan peperangan-perangan lainnya. Beliau begitu kental dalam berhadapan dengan musuh sehingga menyebabkan musuh gentar apabila memasuki medan pertempuran.

Abu Anas telah menggerakkan operasi amaliyat istisyhadiyah pada permulaan Intifada’ Al-Aqsa, termasuk operasi yang dilakukan Reem Al-Riyashi. Beliau juga turut terlibat dalam merancang operasi menyerbu pelabuhan Ashdod yang dilakukan oleh pejuang As-Syahid Mahmoud Salem dan Nabil Masoud dan banyak lagi operasi lain sehingga Briged ini dianggap sebagai briged terkuat.

Penjajah Israel pernah menggelar Abu Anas sebagai pemilik tujuh jiwa kerana banyak cubaan membunuhnya menemui jalan buntu. Dalam banyak peperangan beliau telah terselamat dan setiap kali beliau muncul semula kekuatannya bertambah kuat.





Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom