Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Nasionalis Melayu yang kuat menentang Israel dan Freemason




Nama Haji Sulaiman bin Ahmad mungkin kurang dikenali oleh generasi hari ini. Namun bagi mereka yang membaca sejarah keras perjuangan radikal pemuda-pemuda Melayu dalam arus kemerdekaan, sosok Haji Sulaiman Ahmad cukup dikenali.

Ustaz Haji Sulaiman bin Ahmad atau 'Sulaiman Palestin' adalah ahli politik UMNO dari Pulau Pinang, Malaysia. Pada tahun 1978, beliau adalah Ketua Penerangan UMNO. Beliau dianggap sebagai ultra (pelampau) Melayu Islam kerana pidato yang berapi-api terutama berhubung isu Palestin dan Dasar Bahasa Kebangsaan yang masih belum didaulatkan pada 1967.

Haji Sulaiman Palestin

Diceritakan pada suatu masa, Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussein, Haji Ahmad Maliki, Haji Sulaiman Palestin dan beberapa pemimpin lain telah bertemu dengan Sheikh Abdullah Fahim untuk mendapatkan bimbingan, nasihat dan penentuan tarikh kemerdekaan yang sesuai untuk Tanah Melayu. Selaku wakil Pemuda UMNO dari Nibong Tebal, Haji Sulaiman Palestin pernah menegaskan bahawa "kami akan mendapatkan kemerdekaan sama ada Sultan sultan mahukannya ataupun tidak". Dalam satu sesi perkongsian sejarah perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, Haji Sulaiman Palestin menceritakan bahawa beliau bersama rakan-rakannya telah pun menyediakan 15,000 pemuda-pemuda Melayu untuk mengangkat senjata walaupun buluh runcing untuk menentang British sekiranya kepulangan Tunku daripada London tidak membawa persetujuan penjajah memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Pada 7 Jun 1958, semasa pertandingan Ketua Pemuda UMNO, beliau dikalahkan oleh Sardon Jubir yang menjadi Menteri Kerjaraya, Pos dan Telekomunikasi. Sardon terpilih semula semula sebagai Ketua Pemuda UMNO dengan 44 undi dan Sulaiman 13 undi.

Haji Sulaiman Palestin ketika menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah mengecam kerajaan kerana tidak menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956 dan berikrar akan meninggalkan kerusinya sebagai ahli Dewan Undangan Negeri jika masih tidak melaksanakannya.

Nama Ustaz Haji Sulaiman Palestin melonjak selepas membangkitkan isu Freemason dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978. Isu-isu agama Islam turut dibangkitkan dalam Perhimpunan UMNO oleh Ustaz Ibrahim Azemi Hassan dari Kuala Nerus,Terengganu.

Haji Sulaiman Palestin sangat terkesan dengan penjajahan Israel ke atas tanah suci Baitulmaqdis lantas menyeru kepada umat Melayu turut serta bersama rakyat Palestin menentang Israel. Beliau juga sering membangkitkan isu ancaman gerakan Freemason dan bahayanya kepada dunia Islam khususnya umat Islam di Malaysia agar kerajaan menyedari keperluan menyekat dan memerangi organisasi rahsia itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi jenazah Haji Sulaiman Palestin yang meninggal dunia pada 27 Oktober 1997 di Bukit Mertajam. Gambar akhbar The Star.




KONGSIKAN:




Ads Bottom