Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Nasionalis Melayu yang kuat menentang Israel dan Freemason



Nama Haji Sulaiman bin Ahmad mungkin kurang dikenali oleh generasi hari ini. Namun bagi mereka yang membaca sejarah keras perjuangan radikal pemuda-pemuda Melayu dalam arus kemerdekaan, sosok Haji Sulaiman Ahmad cukup dikenali.

Ustaz Haji Sulaiman bin Ahmad atau 'Sulaiman Palestin' adalah ahli politik UMNO dari Pulau Pinang, Malaysia. Pada tahun 1978, beliau adalah Ketua Penerangan UMNO. Beliau dianggap sebagai ultra Melayu Islam kerana pidato yang berapi-api terutama berhubung isu Palestin dan Dasar Bahasa Kebangsaan yang masih belum didaulatkan pada 1967.

Haji Sulaiman Palestin

Diceritakan pada suatu masa, Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussein, Haji Ahmad Maliki, Haji Sulaiman Palestin dan beberapa pemimpin lain telah bertemu dengan Sheikh Abdullah Fahim untuk mendapatkan bimbingan, nasihat dan penentuan tarikh kemerdekaan yang sesuai untuk Tanah Melayu. Selaku wakil Pemuda UMNO dari Nibong Tebal, Haji Sulaiman Palestin pernah menegaskan bahawa "kami akan mendapatkan kemerdekaan sama ada Sultan sultan mahukannya ataupun tidak".

Dalam satu sesi perkongsian sejarah perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, Haji Sulaiman Palestin menceritakan bahawa beliau bersama rakan-rakannya telah pun menyediakan 15,000 pemuda-pemuda Melayu untuk mengangkat senjata sekali pun menggunakan buluh runcing untuk menentang British sekiranya kepulangan Tunku daripada London tidak membawa persetujuan penjajah memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Pada 7 Jun 1958, semasa pertandingan Ketua Pemuda UMNO, beliau dikalahkan oleh Sardon Jubir yang menjadi Menteri Kerjaraya, Pos dan Telekomunikasi. Sardon terpilih semula sebagai Ketua Pemuda UMNO dengan 44 undi dan Sulaiman 13 undi.

Haji Sulaiman Palestin ketika menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah mengecam kerajaan kerana tidak menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956 dan berikrar akan meninggalkan kerusinya sebagai ahli Dewan Undangan Negeri jika kerajaan masih tidak melaksanakannya.

Nama Ustaz Haji Sulaiman Palestin melonjak naik selepas membangkitkan isu Freemason dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978. Isu-isu agama Islam turut dibangkitkan dalam Perhimpunan UMNO oleh Ustaz Ibrahim Azemi Hassan dari Kuala Nerus,Terengganu.

Haji Sulaiman Palestin sangat terkesan dengan penjajahan Israel ke atas tanah suci Baitulmaqdis lantas menyeru kepada umat Melayu turut serta bersama rakyat Palestin menentang Israel. Beliau juga sering membangkitkan isu ancaman gerakan Freemason dan bahayanya kepada dunia Islam khususnya umat Islam di Malaysia agar kerajaan menyedari keperluan menyekat dan memerangi organisasi rahsia itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi jenazah Haji Sulaiman Palestin yang meninggal dunia pada 27 Oktober 1997 di Bukit Mertajam. Gambar akhbar The Star.


Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Menjejak terowong lama di Bukit Melaka

    Sejak tahun 60-an lagi telah terdapat "cakap-cakap" dari kalangan masyarakat setempat mengenai kewujudan terowong lama atau laluan bawah tanah di sekitar Bukit Melaka (Bukit St. Paul). Antara yang sering didengari ialah terdapat terowong dari Bukit Melaka ke Bukit Senjuang malah ada juga mendakwa terdapat laluan dari Bukit Melaka hingga ke Pulau Be... Baca Selanjutnya

  • Pablo Ascobar : Ketua kartel dadah yang dijulang sebagai "hero rakyat"

    Pablo EscobarRaja billionair kokain yang terkenal di dunia iaitu Pablo Emilio Escobar Gaviria bukanlah terlalu berasing untuk orang yang tahu kisah seorang lelaki warga Colombia ini. Pablo Escobar telah diilahirkan pada 1 Disember 1949, beliau merupakan pengasas dan ketua kumpulan dadah yang dikenali sebagai Medellin.Dibesarkan di Medellin yang jug... Baca Selanjutnya

  • Pedang Sultan Salahuddin Al Ayyubi yang mengejutkan orang Eropah

    Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Parsi ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excal... Baca Selanjutnya

  • Dalam tempoh 50 tahun, sekali lagi kuil Firaun berjaya ditemui

    KAHERAH: Pasukan arkeologi Mesir menemukan kuil matahari purba ketiga serta kali pertama ditemukan dalam tempoh 50 tahun semasa melakukan kerja penggalian di Abu Gorab, utara Abusir.  Lapor Daily Mail, kuil-kuil itu dipercayai dibina untuk firaun semasa mereka masih hidup. Dipercayai hanya sebanyak enam kuil dibina dan setakat i... Baca Selanjutnya

  • Pada hari itu Kota Kuala Kedah bermandi darah

    Pada tahun 1821 (12 November 1821), Kota Kuala Kedah yang meriah dengan majlis kenduri menikah putera Dato Laksamana Kedah dengan Dato Bendahara Paduka Sri Maharaja, dikejutkan dengan kehadiran gerombolan orang Siam yang diketuai anak Raja Ligor bernama Phya Buri Sakhmuton.Mulanya rombongan dari Ligor itu memberitahu Dato Bendahara, kehadiran merek... Baca Selanjutnya

Ads Bottom