Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Adnan al Ghoul : Mimpi ngeri kepada tentera Israel



Dalam analisa terbaru Fayez al-Dweiri senjata sniper yang menjadi igauan tentera Israel dan penghalang utama untuk mereka masuk ke Khan Younis, Gaza adalah sniper 'al-Ghoul'.

Nama al-Ghoul datang dari seorang tokoh al-Qassam, iaitu Adnan al-Ghoul. Adnan ialah tokoh utama dalam Unit Jurutera al-Qassam. Beliau menjadi orang kedua yang paling dikehendaki oleh Israel selepas Yahya Ayyash.


Adnan al-Ghoul

Beliau antara orang yang terawal membuat roket dan mencipta sniper yang hebat. Pelbagai lagi alatan senjata yang beliau telah cipta dan tinggalkan sebagai legasi.

Sniper al-Ghoul telah dimula digunakan pada perang al-Asf al-Ma'kul pada 2014. Pada Taufan al-Aqsa sekali lagi al-Ghoul menghantui tentera Israel.

Sniper al Ghoul

Adnan telah syahid pada tahun 2004.
Ismail Haniyeh telah membuka sebuah sekolah di Gaza dan menamakan sebagai Madrasah al-Syahid Adnan al-Ghoul bagi memperingati pahlawan yang hebat ini.



KONGSIKAN:




Ads Bottom