Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Bagaimana Bandar Raya Shah Alam boleh wujud


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS


Awalnya, cadangan memindahkan ibu negeri Selangor dari Kuala Lumpur dah dibuat oleh kerajaan pusat sejak tahun 1956 lagi. 

Tempat awal yang dipilih ialah Klang. Namun dalam tahun 1962, kerajaan negeri kemukakan cadangan jadikan Petaling Jaya sebagai ibu negeri yang baru bagi menggantikan Klang seperti cadangan awal. 

Setahun kemudian, kerajaan negeri tetapkan untuk buka sebuah bandar baru di Sungai Renggam yang terletak di tengah jalan antara Petaling Jaya dan Klang dengan harapan untuk menjadikannya sebagai ibu negeri Selangor.

Shah Alam dahulu merupakan sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. 

Sungai Renggam dan Batu Tiga mula berkembang bila British bina laluan keretapi dari Port Swettenham (Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.


Sungai Renggam dipilih ikut kepada sokongan yang dibuat oleh V. Antholic, Penasihat Perancang Bandar Pertubuhan Bangsa Bersatu. Kedudukannya sesuai bagi mendirikan sebuah bandar perusahaan satelit yang baru kerana terletak di antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang.

Setelah Sungai Renggam dipersetujui untuk dijadikan kawasan ibu pejabat, kerajaan berpendapat nama Sungai Renggam ni kena ubah kepada satu nama yang sesuaian dengan nama dan taraf serta keindahan ibu negeri Selangor.




Shah Alam yang dibuka pada tahun 1963 dijadikan pusat pentadbiran Selangor apabila Kuala Lumpur, ibu negeri Selangor pada ketika itu dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974. 

Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang berpusat di Kuala Lumpur berpindah ke Shah Alam.

Maka diambilnya nama Shah Alam daripada nama Sultan Selangor yang ke-6, DYMM Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah Atiquallah. 

Maka pada 7 Disember 1978, Sultan Selangor, DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Shah merasmikan pengisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor pada tahun 1978.

Shah Alam semakin hari semakin pesat pembangunannya membawa kepada kenaikan taraf dengan pengisytiharannya sebagai sebuah Bandar raya pada 10 Oktober 2000.

Tapi kini, Shah Alam lebih popular dengan roundabout dan lampu isyarat yang mampu menggugat iman serta kesabaran insan bernama manusia setiap hari.

Rujukan : Azizul Farhan, The Patriot Studio

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom