Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Disember 1917 : Bermulanya Baitulmaqdis ditawan penjajah British


Gambar lama di atas ini memaparkan penjajah British, General Sir Allenby memasuki Kota Suci Baitulmaqdis, di Jerusalem pada 11 Disember 1917.

Kota Suci Baitulmaqdis dapat ditawan oleh Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Edmund Henry Hynman Allenby. Selepas 730 tahun kota ini dibawah pemerintahan umat Islam.

Tanah Suci Baitulmuqaddis dan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem adalah salah-satu tempat paling mulia dan suci dalam Islam, selain Kota Mekah dan Kota Madinah.


Bermulanya episod hitam Baitulmaqdis dijarah penjajah British demi menjayakan negara Yahudi berpaksikan fahaman Zionis.

Penaklukan Baitulmaqdis oleh penjajah British dilakukan dengan bantuan dan kerjasama tentera-tentera Arab bagi memerangi Daulah Islam Turki Uthmaniyyah.

Iaitu terdiri daripada ;
1.Tentera Arab Bersatu dari wilayah Najd dan Hasa, dibawah perintah Abdul Aziz Ibn Saud.

2.Askar Hijaz, dibawah arahan Hussain Ibn Ali, Shareef Mekah.

3.Askar Arab Bersatu Jabal Shammar, dan

4.Pasukan tentera Amir Faisal Ibn Hussain Ibn Ali.

Manakala, tentera-tentera British dibawah pimpinan ;

1.Edmund Allenby, 1st Viscount Allenby ( 1861 - 1936 )

2.T.E. Lawrenve ( Lawrence of Arabia )

Dengan berakhirnya pemerintahan kekhalifahan Islam Turki Uthmaniyyah ditangan penjajah kuffar Eropah yang didokong oleh bangsa Arab.Maka, bermulalah episod baru dalam lembaran duka umat Islam yang sehingga kini menjadi lemah, berpecah-belah dan terhimpit dalam sistem acuan barat serta percaturan kapitalis mereka.

Sumber : Sejarah Pakatan Arab Dan Sekutunya, British Bagi Meruntuhkan Daulah Kekhalifahan Turki Uthmaniyyah.




KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Jawapan Sheikh Mutawally yang mendiamkan lelaki Inggeris

    ..Bertanya seorang lelaki Inggeris kepada Sheikh Mutawally Al-Shakrawi: "Kenapa wanita Muslimah tidak bersalaman dengan kaum lelaki?"Jawapan Sheikh Mutawally sangat menakjubkan. "Saya ingin bertanya kepada kamu, adakah kamu dibenarkan bersalaman dengan Ratu kamu (Ratu Elizabeth) di Britain?"Maka jawab lelaki tersebut: "..Tidak, menurut undang-undan... Baca Selanjutnya

  • Inilah cicak sailfin atau di gelar sailfin dragon.

    Inilah cicak sailfin atau di gelar sailfin dragon.Bagi peminat peminat haiwan eksotik, cicak ini tidak berbisa dan sangat jinak. Anda boleh memegangnya dengan tangan anda tanpa rasa takut.Ia banyak terdapat di negraa Philippines, dan boleh di beli dalam lingkungan harga 100 hingga 200 USD seekor mengikut saiz. Baca Selanjutnya

  • Kota Terlarang : Saksi jatuhnya dua dinasti besar tamadun China

    Forbidden City atau Kota Terlarang yang terletak di Beijing telah mula dibina pada tahun 1406 dan siap sepenuhnya pada 1420. Kompleks itu telah bertahan sehingga 602 tahun lamanya meskipun hanya dibina menggunakan kayu.Sebenarnya, Forbidden City ini bukanlah sebuah kota. Ia hanyalah kawasan yang berukuran besar dilengkapi dinding merah dan atap ber... Baca Selanjutnya

  • Jonathan kini yang paling tua

    Seekor kura-kura gergasi yang bernama Jonathan telah memperoleh gelaran rekod dunia "Guinness World Record" haiwan darat tertua di dunia. Meraikan hari lahirnya yang ke-190 tahun. Jonathan kini menjadi kura-kura tertua yang pernah wujud. Jonathan dilahirkan pada 1832, berusia 190 tahun pada 2022. Gelaran rekod rasminya ialah chelonian tertua katego... Baca Selanjutnya

  • Karya Umberto Romano yang menggemparkan

    Pada bulan Ogos 2017, sebuah lukisan berjudul 'Mr Pynchon and the Setting of Springfield' menjadi topik perbualan hangat di kalangan pengguna laman sosial. Lukisan ini ialah sebuah karya seorang pelukis Itali bernama Umberto Romano, yang berlatar belakangkan keadaan sekitar 400 tahun lalu dan mula dilukis pada tahun 1937.Ia mengisahkan tentang pert... Baca Selanjutnya

Ads Bottom