Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Manaqib Tok Janggut Langgar




Nama sebenarnya ialah Tuan Guru Haji Ahmad Bin Haji Yasin dan beliau dilahirkan pada tahun 1898 di Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah. Beliau mempunyai lapan orang adik beradik :

1. Haji Abdul Razak
2. Hajah Siti Aishah
3. Hajah Siti Mariam
4. Haji Yusuf
5. Haji Salleh
6. Hajah Aminah
7. Haji Isa
8. Tuan Guru Haji Ahmad

Ketika berumur 15 tahun beliau telah dihantar oleh ayahnya ke Pondok Pulau Pisang, Tunjang, Kedah berguru dengan Tuan Guru Haji Muhd Salleh. Telah menjadi kebiasaan bagi penduduk pada waktu bahawa mereka lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke satu tempat yang lebih jauh bagi anak-anak mereka menuntut ilmu, walaupun ada terdapat pondok di tempat mereka sendiri.

Setelah lima tahun menuntut di situ beliau telah dihantar ke Mekah al-Mukaramah bagi melanjutkan pelajarannya dibidang ilmu pengajian agama Islam, dengan perbelanjaan sendiri. Di sana beliau mendalami lagi ilmu-ilmu Fekah, Tauhid, Tasawuf, al-Quran dan lain-lain. Ada yang mengatakan beliau ke Mekah bersama dengan sahabatnya, Syeikh Abdullah Masri.

Beliau pulang ketanah air setelah berumur lebih kurang 30 tahun. Kepulangan beliau disambut dengan meriah kerana bilangan alim ulama pada waktu itu sedang berkurangan. Ada yang merasakan amat beruntung jika dapat bermenantukan orang seperti beliau. Yang telah berjaya membermenantukan beliau ialah Tuan Guru Haji Ahmad Tua.

Ayah mertuanya, ini Tuan Guru Haji Ahmad Bin Omar ini ialah pengasas kepada Pondok Surau Makam Langgar. Beliau digelar Tuan Guru Haji Ahmad Tua (lahir sekitar 1820an) dan merupakan murid kepada Tuan Guru Haji Mohamad Noor Pondok Tasak. Sahabat sepengajiannya pada ketika itu ialah Tuan Guru Haji Ahmad Tampong. Dianggarkan Pondok Surau Makam Langgar mula dibina pada tahun 1850an dan siap sepenuhnya 3 tahun selepas itu.

Beliau telah berkahwin dengan Hajah Maisarah Binti Haji Ahmad dan telah dikurniakan 10 orang anak, iaitu : 

1. Fatimah
2. Omar
3. Mariam
4. Abdul Rahman
5. Kalsom
6. Abdullah
7. Ali
8. Mokhtar
9. Aminah
10. Ismail

Dalam mengajarkan murid-muridnya beliau tidak meminta apa-apa bayaran dari muridnya tetapi beliau sentiasa menerima sumbangan dari orang-orang disekelilingnya dan murid-muridnya yang berupa mata benda, tenaga, dari hasil fitrah atau sebagainya.

Di antara anak muridnya ialah :

1. Kiyai Haji Mohd Yasin al-Bakri, Bagan Datok
2. Tuan Guru Haji Omar, Kubang Lembu
3. Syeikh Alwi, Padang Lumat
4. Tuan Guru Haji Hamid @ Pak Nyang Mid, Telaga Mas
5. Tuan Guru Haji Hussin, Langgar dan ramai lagi

Anak-anak beliau yang sepuluh orang itu telah beliau hantar ke Mekah bagi mendalami lagi tentang agama Islam.

Lebih kurang dua atau tiga tahun sebelum beliau meninggal, beliau telah tidak mengajar secara formal kerana telah uzur, namun demikian anaknya telah meneruskan tugas-tugas beliau selanjutnya tetapi dalam bentuk yang lebih moden dan teratur, mereka telah membuka sebuah sekolah agama disitu.

Tuan Guru Haji Ahmad Bin Haji Yasin

Beliau meninggal dunia pada tahun 1963 ketika berumur 65 tahun, di Langgar. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raja Alas, Langgar.

Sumber : Artikel Madrasah dan Rumah Tok Janggut, Jejak Ulama Nusantara


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom