Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Kisah Nabi Lahaj a.s ramal kelahiran para nabi



Nabi Lahaj a.s merupakan seorang Nabi Allah yang tidak termasuk dalam golongan Nabi-Nabi pilihan. Beliau telah dilahirkan dan membesar di Babylon, Iraq dan beliau dikatakan berasal golongan bangsawan yang terhormat. Beliau dikatakan sempat hidup pada zaman Nabi Ibrahim a.s bin Tarikh.

Sepanjang berkarier sebagai seorang Nabi, selain mengingatkan hukum Allah Taala, beliau juga pernah meramalkan tentang kelahiran seorang bayi yang akan membawa sinar kebenaran dan menjadi leluhur bagi segala Nabi dan Rasul. Adapun bayi yang dimaksudkan itu tidak lain tidak bukan adalah Nabi Ibrahim a.s. Bukan itu sahaja, Nabi Lahaj a.s juga meramalkan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Seperti yang dijangkakan oleh Nabi Lahaj a.s, pada malam Jumaat 10 Muharram  tahun 2295 Sebelum Masihi, Nabi Ibrahim a.s pun dilahirkan oleh ibunya yang bernama Imtali binti Karnab di dalam sebuah gua di desa Faddan Aram, Mousul, Iraq ketika usia Nabi Lahaj a.s 65 tahun. Menurut Imam Jaafar aah-Shadiq dalam sumber shahih mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Kosaira yang terletak dalam Kufah kerana bapanya, Tarikh berasal dari sana.

Menjelang usia Nabi Ibrahim a.s meningkat dewasa, Nabi Lahaj a.s telah menawarkan anaknya yang bernama Siti Sarah kepada ibubapa Nabi Ibrahim a.s untuk dijadikan suri hidup untuk Nabi Ibrahim a.s. Pernikahan ini diterima oleh Nabi Ibrahim a.s kerana Nabi Lahaj a.s dan bapanya menurut sumber riwayat merupakan saudara tiga pupu. Selain Siti Sarah, Nabi Lahaj a.s mempunyai anak lelaki yang bernama Warqah.

Nabi Lahaj a.s juga pernah menyaksikan peristiwa Nabi Ibrahim a.s dilontarkan oleh pengawal Raja Namrud ke dalam api sehingga tubuh Nabi Ibrahim a.s tidak rosak dimamah oleh api. Nabi Lahaj a.s sering mengikuti Nabi Ibrahim a.s setelah Nabi Ibrahim a.s diangkat oleh Allah Taala menjadi Rasul.

Kisah hidup Nabi Lahaj a.s tidak banyak dikisahkan di dalam kitab-kitab hadis kerana kekurangan sumber maklumat. Nabi Lahaj a.s dikatakn telah wafat di Harran ketika mengikuti Nabi Ibrahim a.s berhijrah ketika usianya mencecah 145 tahun dan dimakamkan di Harran.

Sumber : Mohamad Azmi Mat Rashid, Aktivis Sejarah

IKLAN


Logo LHDN Malaysia

Ejen Perkhidmatan Stamping

Urusan setem hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kini secara atas talian. Saya Encik Hadi merupakan ejen ESTAMPS berdaftar LHDNM (No. Ejen : 620020) di bawah syarikat AL-IDARAH GLOBAL (NS0310938-M) menawarkan perkhidmatan mati setem (stamping) dokumen seperti Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewa, Surat Akuan, Borang 14A, Perjanjian Perkongsian Perniagaan dan lain-lain dokumen.

✔️ Perkhidmatan profesional
✔️ Proses cepat dan dipercayai
✔️ Bantuan dokumen stamping
✔️ Respon pantas melalui WhatsApp
✔️ Caj perkhidmatan serendah RM30.00

Hubungi saya sekarang di talian 011-12663461 ATAU klik whatsapp di bawah :


WhatsApp WhatsApp Sekarang

SAYA MEMUDAHKAN URUSAN ANDA




KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM32.20
BELI SEKARANG

Ads Bottom