Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

HM Busro dan Ibrahim Pendek : Lepas ni kita nak pergi mana ?


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS

Ibrahim Pendek dan HM Busro

Pada hari itu semua pekerja termasuk artis-artis sedang menunggu giliran masing-masing untuk menerima surat rasmi penutupan Studio Jalan Ampas. Wartawan Berita Harian, Sulaiman Jeem sempat ke Studio Jalan Ampas pada masa itu dan bersembang dengan beberapa artis di warong kopi. Di antara artis-artis itu adalah H.M Busra, Ibrahim Pendek, Aziz Satar, S. Sudarmaji dan Malek Sutan Muda. Topik perbualan mereka adalah, apa yang akan mereka lakukan setelah MFP dibubarkan. 

Aziz Satar dan S. Sudarmaji telah menyatakan akan terus berjuang dalam arena seni manakala Ibrahim Pendek dan Busra pula merancang untuk menceburkan diri dalam perniagaan.  Ibrahim Pendek telah pun mengumpul modal untuk membuka kedai pakaiain di Geylang Serai manakala H.M Busra tidak mahu heboh-heboh corak perniagaan apa yang akan beliau ceburi, kerana takut gagal ditengah jalan. Sebelum menerima surat notis itu, Ibrahim Pendek dan H.M Busra telah meminta Sulaiman Jeem mendoakan rancangan mereka supaya berhasil.  Tiada bayangan sedih antara mereka berdua apabila menerima surat notis itu, kerana mereka telah pun mendugakan perkara itu akan berlaku dan hanya menunggu waktu sahaja.  


Beberapa tahun selepas penutupan MFP, berita tentang perniagaan H.M Busra mula didengar dan beliau telah berjaya menjadi tauke Kicap, mempunyai syarikat menternak ayam dan menyemai pohon-pohon (Nursery) di Semenyih, Selangor.  Perniagaan beliau semakin maju dan beliau pernah memberitahu jika perniagaannya sudah mantap, beliau bersedia untuk berlakon semula.  Filem Langit tidak Selalu Cerah adalah filem yg beliau dicalonkan untuk kategori Pelawak Terbaik pada tahun 1981 di Pesta Filem Malaysia Kedua anjuran EJA. Setahun sebelum itu beliau telah dilantik untuk menjadi pengarah untuk sebuah filem komidi yang berjudul Dunia Terbalik. Skrip asal ditulis oleh pelakon dan pengarah veteran Salleh Ghani. Diantara pelakon-pelakon dalam filem ini adalah Wahid Satay, Ibrahim Pendek, Normadiah, S. Shamsudin, Norlia Ramlee, Julie Dahlan dan Azim Chan. 


Sumber: NLB resources, Sulaiman Jeem.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom