Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Pada hari itu air mata pahlawan Mat Kilau gugur


Almarhum Dato Meor bersama ahli rombongan bertemu Pahlawan Mat Kilau

Semua anak seperguruan Persilatan Gayong sedia maklum akan pertemuan bersejarah diantara Yang Mulia almarhum Pahlawan Mat Kilau dengan almarhum Dato Meor Abdul Rahman bersama rombongan Gayong pada tahun 1969.  

Rombongan itu terdiri daripada lima orang iaitu Dato Meor , cikgu Majid Mat Isa, cikgu Siti Kalsom, cikgu Khir Saad dan saudara Dato Meor seorang perempuan, kalau tak salah sepupu atau adik ipar Dato Meor.       

Setibanya ke rumah Pahlawan Mat Kilau, rombongan tersebut dijemput naik ke atas rumah kerana pada waktu itu Pahlawan Mat Kilau sudah dalam keadaan uzur kerana sakit tua. Dato Meor telah bertanyakan kepada Mat Kilau : 

Aki..Aki kenal tak Syed Zainal Al Attas salah seorang Pahlawan Pahang? 

Sambil Mat Kilau merenung wajah Dato Meor lalu di jawab.

Oo..kenal..orang panggil Tok Janai..dia adalah guru saya

Lantas Dato Meor pun berkata :

Aki saya ni cucu Syed Zainal Al-Attas, Ayah saya Daeng Uda Mohd Hashim dan Bonda saya Shariffah Alluyah, anakanda Syed Zainal al-Attas. Dalam waktu yang sama air mata Pahlawan Mat Kilau mengalir.

Aki..saya sekarang mengajar Silat Seni Gayong..” Kata Dato Meor

Aki nak tengoklah macam mana permainan Silat Gayong” jawab Mat Kilau. 

Lalu Dato Meor mengarahkan cikgu Majid dan cikgu Khir Saad mengusung Mat Kilau di bawa ke tanah bagi mempersembahkan permainan seni Silat Gayong. 

Dalam persembahan itu Dato Meor  mengarahkan cikgu Majid bermain pentas keris bersama cikgu Khir Saad dan selepas itu cikgu Majid berpasangan dengan cikgu Siti Kalsom bermain pentas pisau.   

Setelah menyaksikan persembahan permainan silat dan  Penyampaian Sandang Kebesaran Silat Seni Gayong  kepada Pahlawan Mat Kilau oleh Dato Meor  . 

Pahlawan Mat Kilau sekali lagi menitiskan air mata..lantas keluarlah dari mulutnya pantun yang berbunyi,     

"Gayong Bergayut Kata Bersahut, Biduk Berlalu Kiambang Bertaut" 

Selain pantun  atau ucapan ini tiada lagi kata-kata yang diucapkan oleh Pahlawan Mat Kilau kepada rombongan tersebut. 

Tiada kata-kata dari Mat Kilau selain kata -kata di atas.    

Inilah sejarah sebenar apa yang berlaku semasa pertemuan Dato Meor dengan Pahlawan Mat Kilau. Cerita ini disampaikan sendiri oleh Ayahanda Dato Raja Abdul Majid selaku salah seorang individu yang terlibat dalam peristiwa tersebut.

Sumber artikel : Tuan Komando





 


    




KONGSIKAN:



Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI

Ads Bottom