Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

"..Adik tak tahu kenapa mereka ketawakan adik.."



Shah Alam: "Adik cakap ayah adik jual laksa, mereka ketawakan adik. Adik tak tahu kenapa mereka ketawakan adik."

Itu luahan Nik Ainul Mardhiyah, 8, atau Ainul kepada bapanya, Mohd Syahid Abdullah, 34, ketika menceritakan pengalamannya dengan rakan di sekolah.

Video yang dikongsikan Mohd Syahid, 34, menyentuh hati warganet dengan memberi semangat kepada kanak-kanak berkenaan untuk kuat serta bersyukur kerana masih mendapat kasih sayang bapa.

Berkongsi kisah sebenar, Mohd Syahid dari Setia Alam, di sini, berkata, video itu dirakam secara spontan ketika bersembang dengan anaknya di medan selera dekat sebuah pasar raya.

"Hari itu, saya ambil anak dari sekolah dan bawa makan sebelum pulang ke rumah.

"Waktu makan, saya tanya apa Ainul buat di sekolah.

"Ketika itulah, dia cerita yang rakannya bersembang mengenai pekerjaan bapa masing-masing dan katanya, rakan gelak bila dia beritahu ayahnya bekerja sebagai peniaga laksa," katanya.

Katanya, Ainul tidak menunjukkan reaksi sedih ketika bercerita dengannya.

"Tapi mungkin dia hairan kenapa rakannya beri reaksi begitu dan sekadar nak bercerita.

"Lagipun, saya memang sudah pesan kepada Ainul supaya beritahu saya kerja penjual makanan jika cikgu atau ada sesiapa yang tanya.

"Alhamdulillah, Ainul faham malah dia pun rajin teman dan tolong saya di gerai pada hujung minggu," katanya.

Mohd Syahid berkata, dia sudah empat tahun mencari rezeki sebagai peniaga makanan.

"Dulu saya bekerja sebagai penyelia tapak binaan namun berhenti waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana masalah gaji, jadi cuba cari rezeki dengan berniaga di sebuah gerai dibuka dekat Alam Budiman, Seksyen U10, di sini.

"Memang mencabar kerana tak ada ilmu dan pengalaman tapi terpaksa kerana susah cari kerja waktu itu, saya pula kena tanggung isteri dengan anak.

"Jadi ikhtiar dengan berniaga dan mulanya susah nak dapat pelanggan tapi lama-kelamaan okay.

"Alhamdulillah, ramai yang sokong cuma ada juga segelintir individu terdekat cuba memperlekeh," katanya yang dibantu isteri, Nik Suhaila Nik Su, 34.

Sumber : Harian Metro 22 Februari 2025


PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom