Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

2.1 juta peminjam dalam radar buruan PTPTN



Kuala Lumpur: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengeluarkan notis peringatan kepada 2.1 juta peminjam yang gagal melaksanakan bayaran pinjaman balik mengikut jadual yang ditetapkan, sehingga akhir bulan lalu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tindakan itu setakat ini berjaya menarik sebahagian peminjam untuk berunding dengan PTPTN.

"Bagaimanapun, bagi peminjam yang tidak menghiraukan notis ini, tindakan lebih tegas akan diambil berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Jadi, kita harap mereka akan segera datang ke PTPTN bagi mengadakan perbincangan," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam laporan itu, Jabatan Audit Negara (JAN) mengesyorkan PTPTN mengkaji semula mekanisme kutipan lebih efektif untuk menangani isu bayaran balik pinjaman pendidikan tertunggak yang menunjukkan peningkatan antara 2019 hingga 2023.

Sehingga 2023, jumlah tunggakan pinjaman pendidikan PTPTN adalah RM10.853 bilion, manakala bayaran balik diterima RM3.553 bilion atau mewakili 32.7 peratus.

Trend bayaran balik tunggakan adalah antara 7.3 peratus hingga 79.3 peratus.

Sementara itu, Zambry berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan inisiatif diskaun bayaran balik PTPTN, seperti yang dibuat sebelum ini.

Beliau berkata, inisiatif itu berjaya meningkatkan kutipan bayaran balik, namun kos yang perlu ditanggung kerajaan juga adalah tinggi.

"PTPTN sebaliknya melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara konsisten.

"Dengan pelaksanaan semula tindakan penguatkuasaa balik bermula Oktober, terdapat impak yang positif dan kita harap semangat bayaran balik ini akan diteruskan peminjam," katanya.

Mengenai tahap kemajuan penyelidikan di lima universiti penyelidikan (RU) melalui Dana Penyelidikan Fundamental (DPF) yang turut disentuh dalam LKAN, Zambry berkata, universiti awam sudah diminta untuk mengenal pasti projek yang mempunyai isu untuk dipantau dengan dekat secara holistik.

"Ia bagi memastikan projek boleh diselesaikan dengan mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan objektif yang ditetapkan," katanya.

LKAN mendapati, sejumlah 1,119 projek bernilai RM148.04 juta dilaksanakan lima universiti RU melalui DPF berada pada tahap kurang memuaskan, manakala 151 projek bernilai RM23.69 juta lagi pada tahap bermasalah.

Harian Metro 28 Februari 2025


PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom