Lesung tumbuk padi sememangnya telah digunakan semenjak zaman dahulu lagi dalam aktiviti pertanian di Malaysia. Alat ini digunakan untuk memisahkan kulit padi (sekam) daripada biji.
Lesung tumbuk kebiasaannya terdiri daripada dua komponen iaitu lesung, tempat padi ditumbuk dan alu, kayu panjang untuk menumbuk padi. Lesung tumbuk zaman dahulu diperbuat daripada kayu seperti kayu jati dan proses menumbuk padi melibatkan penggunaan tenaga fizikal yang banyak. Setelah mengalami perubahan zaman, lesung padi turut diperbuat menggunakan batu, seramik dan logam kerana lebih tahan karat dan mudah dibersihkan.
Di sesetengah tempat, lesung tumbuk masih digunakan untuk upacara tradisional bagi menghidupkan semula cara hidup nenek moyang dan mengekalkan sejarah alat ini bagi generasi akan datang.
Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI
KONGSIKAN: