Megat Seri Rama ataupun Laksamana Bentan merupakan pembesar yang cukup penting semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II dari Kerajaan Johor- Riau.
Namun disebabkan memakan seulas nangka daripada kebun Sultan maka isterinya iaitu Dang Anum telah dibelah perutnya.
Apabila perut dibelah, dengan izin Allah, anak Dang Anum itu sedang menghisap buah nangka itu. Sang Sultan merasa sangat bersalah namun semuanya sudah terlambat apabila Dang Anum sudah pun meninggal dunia.
Sultan terpaksa meminta para pembesar dan rakyatnya supaya merahsiakan peristiwa itu daripada Megat Seri Rama.
Apabila pulang, Megat Seri Rama merasa sangat sedih mendapati isterinya sudah meninggal dunia. Sasau jadinya. Makan tak lalu, tidur tidak lena.
Suatu hari, perkara sebenarnya akhirnya terbongkar dan Megat Seri Rama bertekad untuk membalas dendam atas kematian isterinya tanpa belas kasihan itu.
Suatu Jumaat tahun 1699, Laksamana Bentan nekad membunuh Sultan Mahmud dengan menikam baginda di bahagian perut ketika sultan tersebut dalam perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.
Dalam keadaan tak siuman, Laksamana Bentan dah menikam pengawal raja, manakala orang ramai yang datang bersembahyang terus bertempiaran lari meninggalkan masjid.
Ketika kejadian berlaku, dikatakan cuaca tiba-tiba jadi hujan renyai-renyai dan mentari pun hilang dengan serta merta.
Sultan Mahmud Shah II yang dalam kesakitan pulak kononnya sempat melontarkan kerisnya dan mengenai hujung jari Laksamana Bentan. Laksamana Bentan kemudian meninggal dunia.
Sultan kemudian bersumpah dengan menyebut,
“Jika benar beta Raja berdaulat, beta haramkan anak Bentan dan seluruh keturunannya memijak bumi Kota Tinggi, jika diingkar beta sumpah muntah darah hingga putuslah nyawa.”
Sebaik saja sultan lafaz sumpah ni dan meninggal dunia tanpa sebarang zuriat, banyak anak Bentan dan keturunannya secara tiba-tiba alami sakit ganjil bila datang ke Kota Tinggi.
Dikatakan kalau terkena muntah darah, hendaklah seseorang tu makan pisang yang bernama Raja Udang untuk hentikan darah.
Sumber : Azizul Farhan-the patriots
Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI
KONGSIKAN: