Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tun Ismail Ali : Kisah anak Melayu menerajui Bank Negara




Pada 11 Julai 1962, Kerajaan Persekutuan mengumumkan pelantikan Encik Ismail bin Ali sebagai Gabenor Bank Negara yang baharu menjadikan beliau anak Melayu pertama yang dilantik memegang jawatan tersebut. Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara telah mengambil alih jawatan tersebut daripada W.H. Wilcock yang dipinjamkan daripada Bank Negara Australia. Encik Ismail Ali dilahirkan pada tahun 1918 di Kelang Selangor dan mendapat pendidikan awal di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Beliau kemudiannya lulus dalam bidang ekonomi daripada Universiti Cambridge pada tahun 1941 dan seterusnya mendapat ijazah undang-undang dalam tahun 1943 dari Middle Temple, Inns Court, London. Beliau memasuki Perkhidmatan Awam Malaya pada tahun 1946 dan pernah dilantik sebagai Timbalan Kerajaan Negeri Selangor (1948-1950), Timbalan Setiausaha Bahagian Ekonomi Perbendaharaan Negara, Pegawai Pengawal di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Duta Ke Amerika Syarikat dan pada tahun 1960 dilantik sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara.

Dengan perlantikan ini, beliau telah membuktikan bahawa anak Melayu juga mampu mencapai kecemerlangan jika diberi peluang dan didikan sempurna.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



Ads Bottom