Pada tahun 1626, sebuah syarikat Belanda iaitu Dutch West India Company telah “membeli” keseluruhan 14,720 ekar tanah pulau Manhattan (kini New York City) dengan harga 60 Guilders (atau RM5,000 nilai kini) daripada orang asal suku Lenape yang menduduki kawasan itu.
Mengikut adat Lenape, perjanjian tanah itu bukanlah “penjualan” namun persetujuan untuk guna sama tanah.
Namun 15 tahun kemudian pada tahun 1641, syarikat Belanda tersebut telah mengenakan cukai atau tribute payment ke atas suku Lenape di tanah itu dan memaksa mereka membayar ufti.
Ini mencetuskan Perang Kieft di antara pihak Belanda dan suku Lenape. Pada tahun 1643 ramai suku Lenape telah terbunuh dan hampir semua mereka telah dihalau keluar dari pulau Manhattan.
Menjelang tahun 1650, tiada lagi penempatan Lenape ditemui di pulau itu.
Kita perlu belajar dari sejarah, jika tidak sejarah itu akan berulang.
Begitu juga segelintir orang Melayu terlalu rambang mata, melihat pampasan terus terjelir lidah, mampukah orang Melayu membeli semula hartanah ditempat yang sama dengan pampasan tak seberapa? sedarkah orang Melayu pemaju kapitalis membuat untung berpuluh kali ganda? mereka sedikit pun tak kisah melepaskan wang membayar pampasan kerana sudah pun mengira berapakah kali lipat keuntungan yang mampu mereka jana.
Akhirnya orang Melayu hanya mampu melihat hartanah mewah dibangunkan di atas tanah warisan nenek moyang mereka. Berbanggalah Melayu membeli tanah-tanah dipinggir hutan untuk membina rumah yang juga dalam kiraan radar pemaju lagi 10 ke 20 tahun mendatang.
KONGSIKAN: